A- A A+
Menu

Log Masuk

OBJEKTIF BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Mewujudkan Sistem pengurusan tadbir tanah yang cemerlang selaras dengan keperluan perundangan dan Dasar Pembangunan Negera.

 

 FUNGSI

·           Mengatur, mengurus dan mentadbir aktiviti-aktiviti Jabatan dan Pentadbiran Am;

·           Melaksanakan Pentadbiran Jabatan meliputi aktiviti pengendalian Pentadbiran, Perjawatan, Perkhidmatan kakitangan dan Kewangan Jabatan;

·           Merancang perbelanjaan Jabatan melalui Penyediaan Bajet, Pengurusan Kewangan Jabatan mengikut peraturan-peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa;

·           Merancang Pembangunan Sumber Manusia dan Perancangan Struktur Organisasi Jabatan;

·           Merancang dan menguruskan perolehan kerajaan bagi mempastikan penggunaan yang maksimum, memberikan penjimatan dan nilai tambah kepada kerajaan;

·           Menguruskan tindakan pelupusan ke atas barang-barang stok supaya prestasi stor tidak terjejas, menjimatkan ruang dan dapat menghasilkan pulangan terbaik kepada kerajaan;

·           Menguruskan aset alih kerajaan meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira; dan

·           Menyelaras penyediaan laporan setiap suku tahun dan laporan tahunan bagi Prestasi Stor dan Pengurusan Aset untuk tindakan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan Jawatankuasa Pengurusan Akaun (JKP)

 

PROSES UTAMA

·           Pentadbiran dan Kewangan

·           Urusan Pelupusan Tanah

·           Urusan Teknikal Tanah

·           Urusan Penguatkuasaan dan Eksport Bahan Batuan

·           Urusan Perundangan Tanah

·           Urusan Pembangunan Tanah

·           Urusan Hakmilik Strata

 

URUSAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

 

Unit Pentadbiran

Memastikan urusan penghantaran notis-notis dalaman berkaitan pengurusan tanah diselesaikan dalam tempoh 1 hari bekerja.

Memastikan urusan penerimaan, pendaftaran dan pengedaran surat-surat rasmi Jabatan diselesaikan dalam tempoh 1 hari bekerja.

Mengurus penghantaran surat rasmi Jabatan melalui pos/hantaran tangan diselesaikan dalam tempoh 1 hari bekerja.

 

Unit Sumber Manusia

·      Memproses dan menguruskan pengesahan lantikan pegawai dan staf dalam tempoh (3 hari) bekerja setelah semua syarat dipenuhi.

·      Memproses dan menguruskan pengesahan jawatan dalam tempoh (3 hari) bekerja dengan syarat semua syarat perkhidmatan telah dilulusi.

·      Memproses dan menguruskan kemasukan pegawai dan kakitangan tetap ke jawatan berpencen dengan syarat semua syarat perkhidmatan telah dilulusi oleh anggota dalam tempoh (3 hari).

·      Memproses permohonan kelulusan Tanggungan Kerja untuk dipertimbangkan oleh pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha  Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh (7 hari) bekerja.

·      Memproses permohonan lawatan ke Luar Negeri dalam tempoh (3 hari) bekerja setelah semua syarat dipenuhi.

·      Menganjurkan Kursus/latihan dalaman/ luaran Jabatan dalam tempoh (1 bulan) dari tarikh kursus/latihan.

·      Memproses dalam tempoh (7 hari) bekerja urusan persaraan pegawai dan kakitangan 6 bulan sebelum tarikh persaraan.

Unit Kewangan

·         Memproses dan menguruskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan iaitu;

i)       Bil/Invois (14 hari)

ii)      Tuntutan Perjalanan, Kerja Lebih Masa dan Elaun-elaun Lain (7 hari bekerjasetelah dokumen lengkap diterima).

iii)     Gaji bulanan pegawai dan kakitangan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam jadual pembayaran oleh Bendahari Negeri Johor

 

·      Menyediakan Penyata Penyesuaian (flimsy) belanja mengurus bulanan dalam tempoh empat belas (14) hari ke Bendahari Negeri Johor.

·      Memproses kelulusan permohonan perolehan secara pembelian terus kecuali harta modal dan kenderaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

·      Menguruskan perolehan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu:

i)           Pembelian terus (14 hari)

ii)      Sebut Harga (60 hari)

iii)     Tender (90 hari)

 

 

·      Mengeluarkan Waran Perjalanan Udara Awam setelah mendapat kelulusan dalamtempoh tiga (3) hari bekerja.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top