A- A A+
Menu

Log Masuk

PIAGAM PELANGGAN UNIT PELUPUSAN

 

1.1 PERMOHONAN TANAH KERAJAAN

Oleh individu dan Syarikat yang kurang daripada 20 permohonan.

-          Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50hari  dari tarikh terima kertas perakuan.

Berkelompok dan Umum yang lebih daripada 20 permohonan.

-          Dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 90 hari dari tarikh terima kertas perakuan.

 

1.2 PERMOHONAN MEMBAHARUI & MELANJUTKAN PAJAKAN TANAH

Daripada Pemohon Asal (Bagi kampung-kampung Baru sahaja)

-          Perakuan akan dimajukan kepada Pengarah Tanah & Galian Johor dalam tempoh 15 hari dari tarikh terima kertas perakuan.

Daripada Pemohon Selain Daripada Pemohon Asal

-          Perakuan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari dari tarikh terima kertas perakuan.

 

1.3 PERMOHONAN LEBIHAN KELUASAN SELEPAS DIUKUR HALUS

Lebih sepuluh (10) ekar tetapi kurang daripada 10% keluasan asal.

-          Perakuan akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari dari tarikh terima kertas perakuan.

 

1.4 PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA

Di bawah bidang Kuasa Pengarah Tanah dan Galian Johor

-          Permohonan akan dipertimbangkan dalam tempoh 15 hari dari tarikh terima kertas perakuan.

Diluar bidang Kuasa Pengarah Tanah dan Galian Johor.

-          Permohonan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari  dari tarikh terima kertas perakuan.

 

1.5 PERMOHONAN RAYUAN

Perakuan semula bagi kes-kes rayuan permohonan tanah Kerajaan atau kurang premium akan dimajukan kepada Jawatankuasa Hasil Bumi dalam tempoh 50 hari dari tarikh terima kertas perakuan.

 

1.6 PENYAMPAIAN KEPUTUSAN KERAJAAN

 

Semua keputusan Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Y.A.B Menteri Besar Johor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan akan disampaikan kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 15 hari dari tarikh keputusan diterima.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top