A- A A+
Menu

Log Masuk

KAVEAT

 “KAVEAT” ertinya kaveat berdaftar mengikut tafsiran di bawah Seksyen 5 KTN. Kaveat merupakan suatu mekanisma yang menghalang pendaftaran urusniaga di bawah  Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.

 

JENIS-JENIS KAVEAT

1.KAVEAT PENDAFTAR

       1.1  Kaveat Pendaftar dimasukkan oleh Pendaftar. Kaveat pendaftar dimasukkan atas salah satu sebab berikut:

             1.1.1  Untuk mengelak penipuan dalam urusniaga seperti fraud, salah nyata dan salah penggunaan borang.

             1.1.2  Untuk melindungi kepentingan-kepentingan :

                      1.1.2.1  Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari segi tuntutan hutang, hasil tanah tertunggak dan pembayaran balik pinjaman kanak-kanak                                      orang  kurang siuman atau orang yang diketahui tidak ada di negara pada masa itu.

                      1.1.2.2  Untuk menjamin pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri.

                      1.1.2.3  Untuk membetulkan kesalahan-kesalahan yang berlaku didalam dokumen hakmilik atau suratcara lain yang ada kaitan dengan tanah dan

                                  kepentingannya Sek 320 (1).

     1.2  Tempoh Kuatkuasa kaveat pendaftar adalah berterusan selama-lamanya sehinggalah ia  dibatalkan oleh pendaftar atas usulnya sendiri atau permohonan

            daripada  pemilik tanah  ataupun atas perintah Mahkamah (Sek 321 (3) KTN).

 

2.KAVEAT PERSENDIRIAN

     2.1  Kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh Pendaftar atas permohonan berikut :
 

           2.1.1 Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak ke atas tanah milik atau kepentingan berdaftar.

           2.1.2 Mana-mana orang atau badan yang menuntut ianya berhak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan.

           2.1.3 Penjaga atau orang yang mewakili mana-mana remaja yang menuntut sebagai berhak mendapat faedah di bawah mana-mana amanah.

     2.2  Kaveat Persendirian bersifat sementara sehingga ianya dibatalkan kerana luput tempoh 6 tahun atau melalui permohonan pemotongan kaveat persendirian

           atau  perintah   Mahkamah.

     2.3 Pemotongan Kaveat Persendirian (Sek. 326 KTN)

          2.3.1  Tuan tanah atau pihak berkepentingan berdaftar boleh membuat permohonan pemotongan kaveat persendirian boleh dibuat melalui borang 19H.

          2.3.2  Notis 19C akan diserahkan kepada pengkaveat.

          2.3.3  Dalam tempoh 2 bulan dari tarikh notis diterima, pengkaveat hendaklah mendapatkan perintah Mahkamah bagi melanjutkan tempoh kaveat persendirian.

          2.3.4 Perwartaan dibuat sekiranya notis tidak dapat disampaikan mengikut (Sek 432 KTN).

          2.3.5 Kaveat akan dibatalkan sekiranya tiada Perintah Mahkamah melanjutkan kaveat diserahkan dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh notis diterima atau tarikh

                  perwartaan notis.

3.KAVEAT PEMEGANG LIEN

 3.1  Kaveat pemegang lien bertujuan untuk menjamin kepentingan si peminjam ke atas haknya.  Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen hakmilik keluaran

        atau pendua  pajakan.

3.2   Kaveat pemegang Lien boleh dibatalkan oleh Pendaftar sekiranya ditarikbalik oleh pengkaveat atau sekiranya Pendaftar berpuashati jumlah wang yang genap masa

       di bawah  lien telah dibayar dengan sempurna atau melalui Perintah Mahkamah.

4.KAVEAT AMANAH

   4.1   Kaveat Amanah boleh dimasukkan oleh Pendaftar atas tanah atau kepentingan yang mana telah dinyatakan sebagai dipegang oleh mana-mana orang atau

          badan sebagai pemegang amanah atas permohonan :

          4.1.1 Pemegang-pemegang Amanah buat masa itu mengenai mana-mana tanah atau kepentingan; atau

          4.1.2 Orang atau badan oleh siapa mana-mana tanah atau kepentingan adalah mula-mulanya dipindahkan kepada pemegang-pemegang Amanah; atau

          4.1.3 Orang atau badan oleh siapa apa-apa kepentingan diwujudkan yang memihak kepada pemegang-pemegang Amanah.

  4.2   Kaveat amanah akan terus berkuatkuasa sehingga dibatalkan oleh Pendaftar atas   permohonan pemegang amanah dan semua orang atau badan yang berhak

          mendapat faedah dibawah amanah itu.

 

PERINTAH LARANGAN

Perintah Larangan ialah suatu perintah yang dibuat oleh mana-mana mahkamah bagi melarang seseorang penghutang hukuman (judgement debtor) daripada melakukan apa-apa urusniaga terhadap tanah yang dimilikinya atau kepentingan pada tanah yang dipegangnya (Seksyen 334).

Perintah larangan hanya berkuatkuasa selama 6 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan oleh mahkamah.Tempoh perintah ini boleh dilanjutkan oleh mahkamah dan permohonan hendaklah diserahkan sebelum tamat tempoh.

 

DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN KETIKA BERURUSAN

1. KAVEAT PERSENDIRIAN

       i) Orang Perseorangan/Syarikat Kewangan

·         Borang 19B yang lengkap diisi

·         Surat Akuan Sumpah

·         Dokumen yang berkaitan seperti perjanjian jual/beli (jika perlu)

·         Salinan fotostat pelan tanah (untuk kaveat persendirian atas sebahagian tanah)

       ii) Syarikat/Pertubuhan

·         Borang 19B yang lengkap diisi

·         Surat Akuan Sumpah

·         Borang 49/Akta Pertubuhan/ Undang-undang Kecil yang disahkan oleh peguam

·         Dokumen yang berkaitan seperti perjanjian jual/beli (jika perlu)

·         Surat kuasa wakil/nombor rujukan surat kuasa wakil (jika berkaitan)

 

2.KAVEAT PEMEGANG LIEN

·         Borang 19D

·         Dokumen Hakmilik Keluaran

 

3.KAVEAT AMANAH

·         Borang 19E

·         Surat Amanah yang telah difailkan di PTG

 

4.  KAVEAT PENDAFTAR

·         Surat dari Badan/Agensi Kerajaan (tidak melibatkan bayaran)

 

5. PERINTAH LARANGAN

·         Perintah Mahkamah yang telah dimeterai oleh Pendaftar Mahkamah

 

6. TARIKBALIK KAVEAT PERSENDIRIAN

·         Borang 19G

 

7.PEMOTONGAN KAVEAT PERSENDIRIAN

·         Borang 19H

·         Borang 49/Akta Pertubuhan/Undang-Undang Kecil yang disahkan oleh peguam

·         Surat kuasa wakil/nombor rujukan surat kuasa wakil (jika berkaitan)

 8.TARIKBALIK KAVEAT PEMEGANG LIEN

 

·         Borang permohonan menarikbalik kaveat pemegang lien

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top