A- A A+
Menu

Log Masuk

PENDAFTARAN URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA

 

APA ITU URUSNIAGA?

Seksyen 5 KTN mentafsirkan Urusniaga sebagai:

“Apa-apa transaksi berkenaan dengan tanah berimilik yang dikuatkuasakan di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh Divisyen IV*, dan apa-apa transaksi yang serupa yang dikuatkuasakan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang tanah terdahulu, tetapi tidak termasuk mana-mana kaveat atau perintah larangan.”

 

[*Divisyen IV – Tanah Berimilik: Urusniaga; Seksyen 205 – 339 KTN]

 

 

 

JENIS-JENIS URUSNIAGA

Urusniaga Yang Tidak Perlu Didaftarkan:

Lien [Sek. 281] - tidak perlu didaftarkan tetapi Pemegang Lien boleh memasukkan Kaveat Pemegang Lien dengan menyerahkan Borang 19D dan Dokumen Hakmilik Keluaran beserta bayaran pendaftaran untuk melindungi kepentingannya.

Urusniaga Yang Tidak Dimestikan Untuk Didaftarkan:

Sewaan Bebas Daftaran atau Tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran [Sek. 213] - tidak dimestikan untuk didaftarkan tetapi  pemegang tenansi (penyewa) boleh memohon untuk dicatatkan tuntutannya di dalam dokumen hakmilik daftaran bagi melindungi kepentingannya dengan menyerahkan permohonan bersama salinan perjanjian sewaan/tenansi beserta bayaran pendaftaran.

 

 

JENIS BUKAN URUSNIAGA

Perserahan urusan/borang yang boleh didaftarkan di bawah KTN selain daripada suratcara urusniaga disebut sebagai urusan Bukan Urusniaga.  Jenis urusan Bukan Urusniaga yang boleh didaftarkan antaranya adalah seperti berikut :

 

         DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA PERSERAHAN

 

No.

 

Jenis Dokumen

 

Seksyen KTN

1

Borang Asal suratcara urusniaga yang telah sempurna disetemkan

294(1)(a)

2

Borang Pendua suratcara urusniaga (bagi suratcara Pajakan, Pajakan Kecil atau Gadaian)

294(1)(b)

3

Pendua Pajakan, Pajakan Kecil atau Gadaian berdaftar (bagi pendaftaran Pajakan Kecil, Melepaskan Gadaian, Menyerahbalik Pajakan,  Perakuan Jualan oleh Mahkamah/Danaharta, Pindahmilik Pajakan, Gadaian Pajakan, Penangguhan Gadaian atau Perletakhakan atas Kepentingan)

294(2)(b)(c)

4

Borang Permohonan Asal/Perintah Mahkamah salinan asal atau disahkan oleh Mahkamah (bagi urusan pendaftaran Bukan Urusniaga)

313; 314; 315; 344; 346; 378; 415; 417 & 420

5

Dokumen Hakmilik Keluaran/DHKK asal

294(2)(a)

6

Resit Cukai Tanah tahun semasa (bagi perserahan jenis urusniaga)

301A

7

Dokumen sokongan lain yang diperlukan seperti:

a) Suratkuasa Wakil (2 salinan)

b) Surat Ikatan Amanah (salinan asal & pendua)

c) Pengesahan Saham Syarikat oleh Setiausaha Syarikat bagi menentukan syarikat asing atau tempatan/syarikat bumiputera;

d) Resolusi, Borang 49 dan M & A Syarikat  bagi menentukan cara pelaksanaan borang suratcara dengan sempurna dan kelayakan urusan tanah

e) Surat Kelulusan Longgar Sekatan

f) Surat Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri bagi perolehan tanah dan lain-lain oleh Bukan Warganegara/Syarikat Asing

g) Sijil Pindahmilik Lembaga Tanah Ladang

h) Surat Kebenaran Pengkaveat

i) Surat Kebenaran Pemegang Gadaian

j) Salinan Perintah Mahkamah

k) Surat Tawaran Rumah Murah/Kos Sederhana Rendah

l) Surat Pelepasan Lot Bumiputera

m) Geran Probet/Geran Suratkuasa Mentadbir

n) Surat Akuan Berkanun

o) Sijil Tukar Nama Syarikat/Pertubuhan/Individu

p) Salinan fotostat kad pengenalan/paspot yang disahkan

 

294(3)(a)

344(3)

433A

 

210(3);

205(2) & 43

 

214(2)(b)

433B

 

214A

322(5)(b)

214(2)(c)

417

 

346(2)(a)

311; 378

378

378

8

Surat Notis Taksiran dari Pejabat Duti Setem menentukan nilaian tanah untuk tujuan menetapkan bayaran pendaftaran mengikut nilaian tanah [bagi perserahan Borang 14A, Borang 16F dan Borang 1(B)B]

Kaedah-Kaedah Tanah Johor

9

Bayaran pendaftaran yang ditetapkan

293


Pendaftar Hakmilik Tanah Johor, perserahan suratcara urusniaga/borang bukan urusniaga untuk didaftarkan di pejabat ini boleh diserahkan bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan serta bayaran pendaftaran yang ditetapkan sama ada melalui Kaunter Perserahan Bahagian Pendaftaran Hakmilik di Aras 1, Bangunan Pejabat Tanah dan Galian Johor, Kota Iskandar, Nusajaya pada waktu urusan kaunter dibuka atau secara pos yang dialamatkan kepada:-

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor,
Bahagian Pendaftaran Hakmilik,
Aras 1 & 2, Sayap Barat, Parcel C2S,
Kota Iskandar, 79000 NUSAJAYA
.

 

Perserahan melalui pos hendaklah disertakan bayaran secara Kiriman Wang, Wang Pos atau Bank Draf/Cek Peguam dibayar atas nama PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR.

 

WAKTU PERSERAHAN SURATCARA/BORANG DI KAUNTER

Ahad hingga Rabu   :  8.15 pg. hingga 12.30 tgh. dan  2.00 ptg. hingga 4.30 ptg.

 

Khamis                       :  9.00 pg. hingga 2.00 ptg.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top