A- A A+
Items filtered by date: Khamis, 20 April 2017

Pada 6 hingga 8 April 2017 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di KSL Hotel dan Resort Johor Bahru telah diadakan Kursus Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Secured Land Management System (SELAMAT) dengan jayanya. Kursus tersebut khusus untuk staf di Bahagian Pendaftaran bagi tujuan meningkatkan lagi tahap kecekapan dalam menjalankan tugas seharian. Penceramah yang diundang khas dari JKPTG Putrajaya adalah Encik Mohd Redzuan bin Hassan.

Published in PTJB
Khamis, 20 April 2017 11:58

Majlis Pertukaran dan Perpisahan Pegawai

Satu majlis pertukaran dan perpisahan bagi meraikan dua orang pegawai Pejabat Tanah Johor Bahru telah diadakan pada 24 Februari 2017 (Khamis). Pegawai yang dirai adalah Encik Abdul Karim bin Bakar (PPTD Pendaftaran) dan Cik Nur Aien binti Jamal (PPTD Pelupusan) yang bertukar ke Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat. Majlis diiringi dengan bacaan doa selamat serta sedikit jamuan ringan.

Published in PTJB
Khamis, 20 April 2017 11:47

Kaunter Luar Bayaran Cukai Tanah

Pejabat Tanah Johor Bahru telah mengadakan kutipan luar cukai tanah bagi tahun 2017. Pada 20 Februari 2017 (Isnin) kutipan luar mula dilaksanakan di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) diikuti Majlis Bandaraya Johor Bahru bertempat di Aras 3, Bangunan JOTIC, Jalan Ayer Molek Johor Bahru pada 26 Februari 2017 (Ahad) dan diteruskan lagi sehingga bulan April. Objektif utama dilaksanakan adalah bagi membantu dalam penambahan hasil negeri Johor.

Published in PTJB
Khamis, 20 April 2017 11:05

Program JRobik dan Gotong Royong

Semua pegawai dan warga kerja telah melaksanakan program gotong royong di persekitaran bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru. Program tersebut bermula pada 16 Februari 2017 (Khamis) dan akan diteruskan setiap awal minggu bagi setiap bulan . Aktiviti kerjasama dalam program tersebut dapat mengeratkan lagi jalinan hubungan silaturrahim antara dua jabatan.

Published in PTJB
Go to top