A- A A+
Menu

Log Masuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya pentadbiran ini berjaya mewujudkan Portal Pejabat Tanah Johor. Kewujudan laman web ini diharapkan dapat menjadi saluran yang berguna kepada pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat telah kami sediakan untuk pengetahuan orang ramai.

Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama ( KPI ) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi organisasi secara keseluruhannya.

Wassalam

 

"Cemerlang Dalam Semua"

 

Haji Abu Bakar Bin Mohamed Salleh

(Pentadbir Tanah Batu Pahat)

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top