A- A A+
Menu

Log Masuk

Negeri Johor merupakan Negeri yang pesat membangun dengan kadar pertumbuhan sebanyak 100% bagi tahun 1997.  Kepesatan ini tercapai dengan adanya langkah gigih Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan terutama sektor pembuatan.

Kronologi Penubuhan Pejabat Tanah Johor Bahru

Asal penubuhan Pejabat Tanah ialah Jabatan Tanah dan Kerja Raya pada tahun 1874.  Pada tahun 1883, Jabatan Ukur dan Tanah telah dipisahkan menjadi Jabatan Ukur dan Jabatan Tanah.  Pada tahun 1990, wujud pula Jabatan Kerja Raya dan Ukur Tanah dan Bandar.  Akhirnya pada tahun 1906, Jawatan Pesuruhjaya Tanah dan Pemungut Hasil dibentuk.

Pejabat Tanah Johor Bahru mula beroperasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan yang merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.  Ianya terletak di pusat Bandaraya Johor Bahru sehingga kemudianya berpindah ke Bangunan Kerajaan di Jalan Datin Halimah yang dikenali sebagai Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru berhadapan dengan Kompleks Pengangkutan Larkin bermula pada 3 Jun 1995.

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Johor Bahru ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor pada 16 Ogos 1996.

Pada asalnya, Pejabat Tanah Kulaijaya berada dibawah satu pentadbiran bersama-sama dengan Pejabat Tanah Johor Bahru.  Setelah Kulaijaya diisytiharkan sebagai salah satu daerah dalam negeri Johor pada 27 Disember 2007, maka berpisahlah Pejabat Tanah Kulaijaya dengan Pejabat Tanah Johor Bahru.

Peranan Pejabat Tanah Johor Bahru

Pejabat Tanah Johor Bahru memegang peranan sokongan dan penyelarasan diantara agensi-agensi pembangunan selain dari menjalankan tanggungjawabnya untuk memproses permohonan-permohonan, mengutip hasil untuk Kerajaan Negeri Johor dan mentadbirkan undang-undang yang melibatkan tanah.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top