A- A A+
Menu

Log Masuk

Telah diadakan Kursus ISO 9001:2015 di Hotel Merdeka pada 2-3 November 2016 untuk semua kakitangan Pejabat Tanah Kluang. Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan prosedur kerja di Pejabat Tanah Kluang agar selari dengan standard ISO 9001:2015.

 

Matlamat yang hendak dicapai adalah agar prosedur kerja di pentadbiran tanah mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan tempoh masa yang relevan untuk menyelesaikan sebarang proses kerja dan rakyat tahu dengan jelas proses standard yang sebenar di dalam pengurusan tanah di Johor amnya.

 

Dengan adanya SOP yang standard, semua kerja mampu dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan, kerja akan lebih sistematik, rakyat faham proses pengeluaran geran tanah yang agak complicated kerana melalui pelbagai proses di samping mengubah persepsi masyarakat kepada pandangan yang lebih telus dan positif terhadap pentadbiran tanah.

Moga dengan perubahan yang sedang dilakukan akan menaikkan pentadbiran tanah johor ke persada gemilang dan pemantapan perkhidmatan kepada orang awam mengikut peredaran teknologi terkini disamping menambah hasil negeri Johor untuk pembangunan sejagat.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top