A- A A+

Log Masuk

Tarikh : 9-10 Julai 2018 
Tempat : Pejabat Tanah Kluang

Alhamdulillah, Pejabat Tanah Kluang telah menerima kunjungan Auditor Sistem Star Rating 2018. Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara.

Objektif SSR :

1) Menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders;

2) Memperkasakan elemen Transformasi dan Inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi; dan

3) Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang.

Kakitangan Pejabat Tanah Kluang sangat mengalukan kedatangan Auditor setelah bertungkus lumus menyiapkan dokumentasi sebelum penilaian dibuat. . Semoga usaha yang dibuat dapat memberi hasil yang baik disamping menambah baik dan mengekalkan perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada orang awam.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top