A- A A+
Menu

Log Masuk

  

Assalamualaikum w.b.t.

 

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya pentadbiran ini berjaya mewujudkan Portal Rasmi Pentadbiran Tanah Johor. Portal yang merupakan gabungan antara Pejabat Tanah dan Galian Johor serta Pejabat-pejabat Tanah Daerah di Johor ini akan memudahkan orang awam berurusan dengan jabatan kerajaan khususnya di dalam urusan pentadbiran tanah dengan hanya menggunakan satu pautan sahaja.

 

Portal web ini diwujudkan sebagai platform untuk perkongsian maklumat berkenaan pentadbiran tanah khususnya dan pelbagai maklumat lain seperti nama kakitangan, aktiviti pentadbiran dan berita-berita di dalam negara amnya. Adalah menjadi harapan pentadbiran ini untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti, telus dan efisyen kepada orang ramai. Sejajar dengan slogan kerajaan yang sering diwar-warkan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", maka inilah yang akan kita buktikan kepada orang awam bahawa portal ini memudahkan mereka untuk berurusan dengan jabatan kerajaan khususnya pentadbiran tanah.

 

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pegawai dan kakitangan yang terlibat dan bertungkus lumus untuk memastikan portal web ini beroperasi dengan jayanya. Akhir kalam,diharapkan melalui pembinaan portal web ini akan menjadi satu langkah permulaan ke arah menjayakan Kerajaan Elektronik dan bagi memastikan pentadbiran ini tidak ketinggalan untuk menjadikan Pentadbiran Tanah ke arah Pentadbiran Tanah Elektronik Menjelang 2016.

 

 

 

 

Tuan Haji Mustaffa Kamal Bin Dato' Haji Shamsudin

Pentadbir Tanah Kluang  

 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top