A- A A+
Menu

Log Masuk

Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang ditengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Baru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Koordinat geografi ialah : 2°2′01″U, 103°19′10″T. Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya

 

 Pejabat Tanah Daerah Kluang terletak di Aras bawah bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kluang, di Daerah Kluang, Johor. Kawasan pentadbiran ini meliputi 11 buah mukim dengan anggaran penduduk kini melebihi 250,000 orang dan kawasan Bandar Kluang sahaja mempunyai 140,000 penduduk. Penduduk Kluang merupakan pelanggan kepada perkhidmatan yang diberikan di pejabat ini. Pejabat Tanah Daerah Kluang merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab sebagai pusat penyebar maklumat pengurusan tanah dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada agensi-agensi pembangunan, orang awam dan pihak swasta.

 

 

 Pejabat Tanah Daerah Kluang diterajui oleh seorang Pegawai Tadbir Gred N52 yang dikenali sebagai Pentadbir Tanah Daerah. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pentadbir Tanah Daerah Gred N44 dan 3 orang Penolong Pentadbir Tanah Gred N41 berserta seramai 79 orang kakitangan sokongan.Terdapat lapan bahagian di dalam pentadbiran ini iaitu Pentadbiran dan Kewangan, Perundangan, Teknologi Maklumat, Pendaftaran, Pembangunan Tanah dan Pelupusan, Hasil dan Penguatkuasaan. Penjawatan di Bahagian Perundangan dan Teknologi Maklumat merupakan perjawatan yang baru diwujudkan hasil penstrukturan semula di Pejabat Tanah Daerah Kluang.

 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top