A- A A+
Menu

Log Masuk

Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya dahulunya dikenali sebagai Pejabat Tanah Daerah Kecil Kulai. Daerah Kecil Kulai telah diwartakan sebagai Daerah Kecil sebagaimana Warta Kerajaan Bil. 630 bertarikh 5 Mei, 1985 di bawah seksyen 11 Kanun Tanah Negara 1965 yang terdiri daripada Mukim Senai-Kulai (PW 216) dan Mukim Sedenak (PW 217) dalam Daerah Johor Bahru. Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 18hb Oktober 2006 telah meluluskan untuk menaiktaraf Daerah Kecil Kulai kepada daerah penuh.

MMK Johor Bil. 6/2007 pada 21 Februari 2007 bersetuju atas perkara-perkara berikut :-

·         Daerah Kecil Kulai dinaiktaraf kepada daerah penuh yang dikenali sebagai Daerah Kulaijaya.

·         Mukim Senai/Kulai dan Mukim Sedenak dikeluarkan daripada Daerah Johor Bahru dan dimasukkan ke dalam Daerah Kulaijaya.

·         Mukim Senai-Kulai dan Sedenak dalam Daerah Kulaijaya dipecahkan kepada 4 mukim:

1.        Mukim Kulai
ii.   Mukim Senai
iii.  Mukim Bukit Batu
iv.  Mukim Sedenak

·         Jumlah luas keseluruhan Daerah Kulaijaya ialah 75,375 Hektar (186,261 Ekar) dan terdiri daripada:

1.       Bandar Kulai
ii.  Mukim Kulai
iii.  Mukim Senai
iv.  Mukim Bukit Batu
v.   Mukim Sedenak

Penubuhan Daerah Kulaijaya diwartakan pada 28 Mac 2007 dan dirasmikan oleh D.Y.M.M. Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 21 Jun 2008. Daerah Kulaijaya juga merupakan daerah yang ke-10 di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim. Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2008.

PETA MUKIM-MUKIM YANG DIWARTAKAN DALAM DAERAH KULAIJAYA

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top