A- A A+
Menu

Log Masuk

Mukim Labis terletak ke selatan Daerah Segamat. Di bahagian utara bersempadan dengan Negeri Pahang, timur bersempadan dengan Mukim Bekok, barat pula bersempadan dengan Mukim Pogoh dan Mukim Sungai Segamat sementara di bahagian selatan pula bersempadan Mukim Chaah dan Mukim Bukit Kepong dalam Daerah Muar. Mukim Labis terletak dalam Daerah Kecil Labis dan Majlis Daerah Segamat Selatan Labis.

Labis ialah pekan kedua terbesar dalam Daerah Segamat selepas Mukim Bekok dengan anggaran populasi penduduk sebanyak 20,000 orang. Kaum Cina merupakan penduduk majoriti terbesar di Labis. Labis juga merupakan sebuah pekan pertanian dan pengeluar getah utama di Johor.

Labis, kini Pekan Labis bermula dari sebuah kampung kecil di mana nama asalnya ialah Kampung Paya Merah. Nama Labis pula diambil dari sejenis rumput yang menjadi makanan kegemaran Labi-labi. Pada awal abad ke-20, Pegawai British telah datang meninjau di kampung ini bagi mencari tempat baru untuk dibangunkan dalam daerah Segamat. Pegawai British tersebut terkejut apabila ternampak banyak labi-labi kerana beliau tidak pernah melihat haiwan itu sebelum ini. Pegawai tersebut bertanya kepada penduduk kampung apakah haiwan itu dan penduduk kampung menjawab "Labi-labi, tuan". Oleh kerana pegawai tersebut tidak pernah mendengar nama haiwan ini, maka beliau berkata "Labis". bermaksud banyak labi-labi. Selepas daripada peristiwa itu, Pegawai British tersebut menamakan tempat ini sebagai Labis dengan rasminya.

 

ORGANISASI PENTADBIRAN TANAH DAERAH KECIL LABIS.

Pentadbiran Tanah Daerah Kecil Labis diterajui oleh seorang Penolong Pentadbir Tanah Daerah dan mempunyai 6 unit/bahagian yang utama. Walaupun mempunyai pentadbirannya sendiri, namun pejabat ini masih berada di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Daerah Segamat di dalam beberapa urusan terutama urusan pentadbiran dan kewangan.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top