A- A A+

Log Masuk

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Pelancaran Logo Korporat

Pada 12hb Ogos, 2015 ( Rabu ), di Sri Leman Ballroom, Felda Residence Tanjung Leman, Mersing. Jabatan ini telah mengadakan empat majlis serentak iaitu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014, Pelancaran Logo Korporat Jabatan, Malam Jasamu Dikenang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi kakitangan jabatan Pejabat Tanah Mersing.

Majlis tersebut bertambah seri dengan kehadiran Tuan Pengarah PTG Johor, Tuan Haji Azmi Bin Rohani dan beliau telah menyempurnakan perasmian Logo Koporat Jabatan.

Tahniah kepada kakitangan yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2014. Semoga lebih efektif dan produktif di masa akan datang.

Majlis Jasamu DiKenang meraikan 3 orang kakitangan yang telah berkidmat di jabatan ini iaitu Encik Abdul Manap Bin Awang, Puan Nora’Shakin Binti Hj.Md.Esa dan Puan Lyana Binti Salleh. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan mereka di jabatan ini.

Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga jabatan dengan berpakaian ‘Hari Raya’ dan diserikan lagi dengan persembahan daripada artis Muna AF, Pak Yus Jambu dan Ajak Shiro.

Tahniah jua diucapkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Tanah Mersing serta wargakerja Pejabat Tanah Mersing atas komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan majlis tersebut.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top