A- A A+
Menu

Log Masuk

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kempen Jalur Gemilang

Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 16 Ogos 2015 bertempat di Mini Stadium Mersing. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Mohamad Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.

Sempena majlis tersebut, pelbagai acara menarik telah diadakan di bawah kelolaan Yayasan Warisan Johor. Y.A.B Menteri Besar Johor membuat penyerahan Jalur Gemilang kepada semua Pegawai Daerah bagi mewakili 10 daerah di Negeri Johor.

Majlis diakhiri dengan persembahan bunga api dan pelepasan Kembara Muafakat Johor 2015 & Rock Your Spirit oleh Y.A.B Menteri Besar Johor.

Tahniah diucapkan kepada seluruh wargakerja Pejabat Tanah Mersing atas komitmen yang diberikan selaku penyelaras Sambutan dan protokol majlis.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top