A- A A+

Log Masuk

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Mersing Tahun 2015

Sambutan Hari Kebangsaan ke-58 Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada tanggal 
31 Ogos 2015 bertempat di Mini Stadium Mersing. Majlis Perarakan telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Beberapa pertandingan telah dipertandingkan, antaranya ialah Kontinjen Perbarisan Lintas Hormat Terbaik, Pakaian Kontinjen Paling Kreatif/Tercantik, Sepanduk Kreatif/Tercantik dan lain

Pejabat Tanah Mersing telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Perbarisan Lintas Hormat Terbaik dan Pakaian paling kreatif/tercantik. Pejabat Tanah Mersing juga telah mendapat tempat ketiga bagi pertandingan sepanduk kreatif/tercantik.

Tahniah diucapkan kepada seluruh wargakerja Pejabat Tanah Mersing atas komitmen yang diberikan selaku penyelaras Sambutan dan protokol majlis.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top