A- A A+
Menu

Log Masuk

Mersing merupakan nama kepada bandar dan daerah di timur laut negeri Johor, Malaysia. Daerah ini mempunyai keluasan 283,847 Hektar.  Kini terdapatnya pertambahan penduduk di sini dengan adanya Institut Latihan Perindustrian, Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, sebuah kem tentera Kem Iskandar dan 2 buah kem Khidmat Negara di Sekakap dan Teluk Sari.

 

Terdapat 10 mukim di daerah Mersing. Berikut adalah mukim-mukim yang terdapat di dalam daerah Mersing beserta pulau-pulau rangkaian iaitu Mukim Mersing termasuk Pulau Batu Chawan, Mukim Triang termasuk Pulau Lalang, Mukim Tenglu termasuk Pulau Setindan dan Pulau Gajah, Mukim Penyabong termasuk Pulau Pelandok, Pulau Mawar & Pulau Puchong, Mukim Tenggaroh termasuk Pulau Kerengga dan Pulau Lilang, Mukim Jemaluang termasuk Pulau Belunak, Mukim Pulau-Pulau, Mukim Padang Endau, Mukim Sembrong dan Mukim Lenggor.

 

Pejabat Tanah Mersing pada awalnya beroperasi di Bangunan Kerajaan di Jalan Ibrahim yang kini menempatkan Pejabat Pertanian Mersing dan Majlis Daerah Mersing.Kemudian pada tahun 1972, Pejabat Tanah Mersing telah berpindah ke Bangunan yang baru iaitu di Aras Bawah, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, Jalan Ibrahim,86800 Mersing Johor

 

Pentadbiran ini ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Tuan Pemungut Hasil Tanah yang kini disebut Tuan Pentadbir Tanah Daerah. Pada awal pentadbiran baru dibangunan baru ini, Pejabat Tanah Mersing terdiri daripada beberapa Bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kurniaan, Bahagian Petempatan, Bahagian Pendaftaran dan Bahagian Hasil.

 

Pada tahun 2000, Pejabat Tanah Mersing telah membuat kertas kerja bagi Pembangunan Penstrukturan Semula Perjawatan. Manakala pada tahun 2007, penstrukturan semula semua Pejabat Tanah Daerah dalam Negeri Johor telah diluluskan dan terdapat enam (6) bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pembangunan Tanah & Pelupusan, Bahagian Pendaftaran, Bahagian Penguatkuasaan & Hasil, Bahagian Perundangan, Bahagian Teknologi Maklumat.

Berdasarkan penstrukturan semula jabatan ini, organisasi ini tampak lebih tersusun, teratur dan lebih mudah untuk pergerakan pengurusan Pejabat Tanah Mersing. Pentadbiran ini, sentiasa menjunjung etika kerja yang diperintahkan demi mencapai taraf penghormatan jabatan,misi dan visi yang telah dirangkakan.

 

Maklumat Keluasan Daerah Mersing Mengikut Mukim

Bil

Mukim

Keluasan

1

Mersing

76,228 Ha

2

Padang Endau

16,335 Ha

3

Tenggaroh

17,890 Ha

4

Triang

6,481 Ha

5

Tenglu

16,075 Ha

6

Penyabong

10,113 Ha

7

Jemaluang

12,445 Ha

8

Sembrong

59,894 Ha

9

Lenggor

63,005 Ha

10

Pulau - Pulau

5,381 Ha

Jumlah Keseluruhan

283,847 Ha

 

 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top