A- A A+
Menu

Log Masuk

LATARBELAKANG

Daerah Kecil Rengit adalah dalam kawasan pentadbiran Daerah Batu Pahat dan ditadbir bersama oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Kedudukannya lebihkurang 40 km daripada Bandar Penggaram, bersempadan dengan Mukim Minyak Beku di sebelah Barat,Mukim Sri Gading dan Daerah Kluang Di sebelah Utara, Daerah Pontian di sebelah timur dan Selat Melaka di Selatan.

Keluasan Daerah Kecil Rengit di anggarkan seluas 100.8 batu persegi atau 64,512 hektar dan dibahagikan kepada 3 mukim iaitu Mukim Kampung Bahru, Mukim Sungai Punggur dan Mukim Sungai Kluang di mana tiap tiap mukim ditadbir oleh seorang Penghulu. Daerah Kecil Rengit mengandungi 31 kampung Induk dan 2 kampung Bumiputera (Asli). Mengikut bancian pada tahun 2000, penduduk daerah kecil ini adalah seramai 36,059 orang.

 

Pada keseluruhannya keadaan tanah di sini rata dan dari jenis liat putih, liat hitam dan tanah gambut dan sebahagian besar adalah tanah pertanian.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top