A- A A+
Menu

Log Masuk

 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya hasrat untuk membangunkan Portal Pentadbiran Tanah Johor dapat direalisasikan.

Kepesatan dan kerancakan pembangunan Teknolgi ICT telah menjadi satu medium interaksi yang amat berkesan. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Tanah Johor amnya dan Pentadbiran Tanah Segamat khususnya tidak mahu melepaskan peluang ini dan menjadikan teknologi ICT sebagai salah satu kaedah atau medium untuk berinteraksi dan menyalurkan maklumat kepada orang awam.

Portal ini diwujudkan sebagai platform untuk perkongsian maklumat berkenaan pentadbiran tanah khususnya dan pelbagai maklumat lain yang berkaitan dengan pentadbiran ini. Adalah menjadi harapan agar portal ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan tepat kepada orang ramai.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat Portal Rasmi Pentadbiran Tanah Johor. Kami sentiasa menerima sebarang pandangan dan teguran daripada orang awam untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pentadbiran ini dalam menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam.

 

Sekian, terima kasih.

MESRA,CEKAP DAN BERINTEGRITI

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Encik Mohd Masni Bin Wakiman
Pentadbir Tanah Daerah Segamat

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top