A- A A+
Menu

Log Masuk

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur. Terletak di antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut iaitu Segar-Amat. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan.

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur. Terletak di antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut iaitu Segar-Amat. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan.

 

KRONOLOGI PEMBANGUNAN SEGAMAT

Tahun

Perkara

1970-an

Lebuhraya Tun Razak telah dibina bagi memacu ekonomi Segamat sebagai hab pertanian, memendekkan perjalanan ke Kuantan serta untuk menyegerakan proses pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.Kampus cawangan Johor bagi Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dibina di Jementah pada penghujung 1980-an dan mula beroperasi pada tahun 1991. Pembinaan kampus UiTM di daerah Segamat menjadikan Segamat sebagai satu lagi hab pendidikan utama di Johor selain Skudai yang menempatkan Universiti Teknologi Malaysia.

1996

Pelabuhan Darat Segamat dibina bagi menjadikan Segamat satu lagi hab pengangkutan utama, sebagai mana Nilai di Negeri Sembilan. Dengan pembinaan pelabuhan darat tersebut, pengilang hanya perlu menghantar barang ke Pelabuhan Darat Segamat dan kemudian barang tersebut akan dihantar ke pelabuhan terdekat seperti Pasir Gudang melalui kereta api dan ini boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan.

1999

Jambatan kedua Segamat, dibiayai terutamanya oleh pemaju swasta telah dibina bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Jambatan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian pakej Jalan Lingkaran Dalam Segamat yang terdiri daripada kerja naik taraf kepada jalan 4 lorong di Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon, siap pada Ogos 2005. Jalan lingkaran dalam tersebut amat berguna bagi mengalihkan aliran lalu lintas apabila jalan-jalan utama di pusat bandar ditutup bagi upacara khas seperti Hari Kebangsaan

 

ORGANISASI PENTADBIRAN TANAH DAERAH SEGAMAT.

Sejarah organisasi Pentadbiran Tanah Daerah Segamat bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada awalnya, Pejabat Tanah Segamat beroperasi di tengah pusat Bandar beralamat di B57, Jalan Omar yang digunakan dari tahun 1918 hingga 1957. Selepas itu, ia dipindahkan ke bangunan baru yang mulanya rumah seorang pegawai kerajaan tetapi diubahsuai menjadi bangunan dua tingkat beralamat di JKR 348, Bukit Hampar berhampiran dengan Taman Batu Hampar. Kemudian dari itu, pada 1995 Pejabat Tanah Segamat telah berpindah ke sebuah bangunan baru di KM5, Jalan Genuang yang juga menempatkan Pejabat Daerah Segamat.

 

 

 

Bangunan lama di B57, Jalan Omar, Bangunan Rumah Pegawai di JKR348, Batu Hampar

Jabatan ini ditadbir oleh seorang Pentadbir Tanah dan dibantu oleh 3 orang Penolong Pentadbir Tanah yang ditempatkan di 4 bahagian utama. Peranan utama jabatan ini ialah menguruskan segala urusan berkaitan tanah bagi kawasan Daerah Segamat. Jabatan ini dipacu oleh 7 unit / bahagian iaitu:

·         Unit Pentadbiran / Kewangan,

·         Unit Pembangunan Tanah dan Pelupusan.

·         Unit Pendaftaran.

·         Unit Hasil.

·         Unit Kuatkuasa dan Teknikal.

·         Unit Teknologi Maklumat.

·         Unit Perundangan.

 

Mukim-mukim dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Segamat ialah:

Bil

Mukim                                                

Keluasan                                                 

1.

Mukim  Buloh Kasap

26,158.88 Ha

2.

Mukim Gemas

30,043.86 Ha

3.

Mukim Jabi

13,985.93 Ha

4.

Mukim Sungai Segamat

18,129.91 Ha

5.

Mukim Sermin

12,172.94 Ha

6.

Mukim Gemereh

2,071.99 Ha

7.

Mukim Jementah

22,791.89 Ha

8.

Mukim Labis

42,216.80 Ha

9.

Mukim Pogoh

16,291.02 Ha

10.

Mukim Bekok

78,476.63 Ha

11.

Mukim Chaah

18,388.91 Ha

Jumlah Keseluruhan

280,728.76 Ha

 

 

 

 

 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top