A- A A+
Menu

Log Masuk

Tangkak sinonim dengan nama Gunung Ledang yang tersergam indah lagi terkenal dan ianya juga menjadi salah satu pusat tumpaun pelancongan Negeri Johor.

Daerah Tangkak merupakan sebuah daerah yang baru daripada 10 daerah di Negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang. Keseluruhan keluasan sebanyak 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Mengikut bancian penduduknya berjumlah 132,778 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Daerah Tangkak mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang.

Pejabat Tanah Tangkak di urus tadbir oleh Pentadbir Tanah Tangkak selaku Ketua Jabatan dan di bantu oleh penolong – penolong Pentadbir Tanah serta kumpulan pelaksana dari gred 1 hingga 29. Enam Bahagian Utama dengan menjalankan fungsi dan tanggungjawab yang diberikan untuk melancarkan lagi urusan Pentadbiran Pejabat sebagaimana bahagian berikut

·         Bahagian Pembangunan & Pelupusan

·         Bahagian Pendaftaran

·         Bahagian Hasil & Penguatkuasaan

·         Bahagian Pentadbiran & Kewangan

·         Bahagian Teknologi Maklumat

·         Bahagian Perundangan

Selari dengan arus teknologi moden dan aplikasi sistem teknologi berkomputer. Pelbagai urusan yang dijalankan di sini telah pun menggunakan sistem berkomputer dan sistem secara atas talian. Di antara siastem-sistem yang digunakan ialah seperti Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ), SPEKS, HRMIS, E-Jawab dan Sistem Ringkasan Mesyuarat Kerajaan Johor (E_RMKJ).

Sekiranya seseorang itu ingin membayar cukai tanah dari daerah lain ianya boleh membuat urusan pembayaran di Pejabat Tanah Tangkak. Ini adalah kerana kadar pembayaran cukai di Negeri Johor telah pun diseragamkan dan setiap daerah adalah saling berhubungan antara satu sama lain melalui sistem secara atas talian.

 

 

PETA MUKIM-MUKIM YANG DIWARTAKAN DALAM DAERAH TANGKAK

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top