A- A A+

Log Masuk

INTIPATI
Majlis Amanat Pengarah Tanah dan Galian
Bersama Pegawai-Pegawai Kanan
dan Penolong Pegawai Tanah
Pentadbiran Tanah Johor


Pada hari ini iaitu  30 Julai 2018 telah berlangsungnya Majlis Amanat Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd. Halim bin Hasbullah, Pengarah Tanah dan Galian Johor bersama Pegawai - Pegawai Kanan Pentadbiran Tanah Johor iaitu Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah, Pegawai-Pegawai di PTG dan Penolong-Penolong Pegawai Tanah. Pengarah Tanah dan Galian Johor menekankan kesiapsiagaan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dan Penolong-Penolong Pegawai TanahDaerah menghadapi cabaran pada masa akan datang di mana kecanggihan teknologi pada masa kini memudahkan masyarakat menilai peranan Pentadbiran Tanah Johor. Oleh itu, Pengarah Tanah dan Galian Johor menyarankan kesemua warga Pentadbiran Tanah Johor perlu lebih proaktif dan kreatif dalam menjalankan tugas dengan CEKAP, CEPAT dan INTEGRITI.

Selain itu, surat pertukaran kepada 25 orang Penolong Pegawai Tanah yang melibatkan 10 daerah dan 2 daerah kecil juga telah diadakan di dalam majlis tersebut. Pertukaran ini merupakan proses yang biasa dilakukan oleh Pentadbiran Tanah Johor bagi memastikan pegawai-pegawai di Pentadbiran Tanah Johor meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan pengalaman. 

 
#CEKAP CEPAT INTEGRITI

 Pautan FB : https://bit.ly/2mRqHsx  

 Pautan Instagram : https://bit.ly/2LUNp1j

 

 

 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top