A- A A+
Menu

Log Masuk

Berkuatkuasa 1 Disember 2014, Tuan Haji Azmi Bin Rohani telah dilantik sebagai Pengarah Tanah dan Galian Johor.

Beliau bukanlah muka baru di Pentadbiran Tanah kerana sebelum ini telah menyandang pelbagai  jawatan di peringkat Pentadbiran Tanah Negeri sebagai Timbalan Pengarah I  (Pembangunan Tanah), Timbalan Pengarah II (Pendaftaran) , Pengurus (Unit Bank Data Tanah) ,Ketua Penolong Pengarah (Pelupusan, Penguatkuasaan & Teknikal),  Penolong Pengarah  (Pendaftaran).

Di peringkat Pentadbiran Tanah Daerah pula, beliau pernah berkhidmat sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi dan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kluang.

 

Kami warga PTGJ merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya  kepada Tuan Haji Azmi Bin Rohani atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Tanah dan Galian Johor.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top