A- A A+
Menu

Log Masuk

BAHAGIAN HASIL

 

Di manakah saya boleh dapatkan Bil Cukai Tanah jika saya tidak menerimanya?

Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

 

Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

 

Bila Perlu Bayar Cukai Tanah?

Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu. Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.

 

Dimanakah saya boleh membayar Cukai Tanah?

Cukai Tanah boleh dibayar di kaunter Pejabat Tanah & Galian, Pejabat Tanah & Daerah,. Cukai Tanah juga boleh dibayar secara perbankan internet melalui bank-bank terpilih (Maybank, Cimb, RHB, Bank Islam, Public Bank, Hong Leong Bank)

 

Adakah Cukai Tanah dan Cukai Pintu merupakan cukai yang sama?

Tidak. Cukai tanah dan cukai pintu adalah dua cukai yang berbeza.

Cukai Pintu adalah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan seperti rumah, rumah kedai, hotel dan sebagainya. Cukai Pintu perlu dibayar 2 kali setahun.

Cukai Tanah pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah sebagai balasan kepada Pihak Berkuasa Negeri yang telah memberi milik tanah kerajaan kepadanya. 

Cukai Tanah perlu dibayar setahun sekali.

 

Apakah tindakan apabila Cukai tertunggak?

Seksyen 98 (2) Kanun Tanah Negara
Apabila cukai tanah menjadi tunggakan, Pentadbir Tanah Daerah akan mengeluarkan boring 6A kepada tuanpunya tanah dan orang/badan yang ada kepentingan di atas tanah itu.

Seksyen 97 (2) Kanun Tanah Negara
Bayaran yang dituntut dalam boring 6A hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan. Bayaran ini termasuk bayaran notis mengikut sama ada bagi tiap-tiap lot atau tiap-tiap notis sepertimana yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah negeri.

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara
Jika selepas tamat tempoh 3 bulan bayaran yang dituntut tidak juga dijelaskan, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah membuat satu perintah bagi mengistiharkan tanah itu dilucuthak dan menjadi milik Pihak Berkuasa Negeri.

Seksyen 130 (1) Kanun Tanah Negara
Pengistiharan Perlucuthakan dibuat dengan mewartakan boring 8A di dalam warta Kerajaan Negeri. Perlucuthakan tanah berkuatkuasa daripada tarikh tersiarnya borang Notis 8A.

 


 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH

 

Bolehkah sesebuah syarikat bukan Melayu memohon tanah di dalam kawasan Rizab Melayu?

Syarikat yang bukan Melayu boleh memohon tanah di kawasan Rizab Melayu dengan syarat syarikat tersebut memohon di masukkan di dalam Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu.

 

Bagaimana pemilik tanah hendak membatalkan status Rizab Melayu tanahnya?

Pemilik tanah yang berstatus Rizab Melayu boleh membatalkan status tersebut dengan syarat membuat tukar ganti tanah tersebut dengan tanah lain. Tanah yang hendak di tukar ganti ini hendaklah mempunyai nilaian yang sama atau lebih daripada tanah asal.

 

Bolehkah sebuah syarikat bukan Melayu memajukan tanah yang berstatus Rizab Melayu?

Syarikat yang bukan kategori Melayu tidak boleh memajukan tanah yang berstatus Rizab Melayu kecuali syarikat tersebut telah di masukkan ke dalam Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu.

 

Bolehkah tanah di dalam Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) di buat pembangunan?.

Tanah yang di dalam Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) boleh di majukan dengan syarat ianya telah di tamatkan di dalam Akta berkenaan. Penamatan atau pembatalan ini adalah dengan kelulusan Y.B. Menteri dengan permohonan di buat kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian.

 

Apakah perbezaan antara Kawasan Penempatan Berkelompok berbantu dan tidak berbantu?

Kawasan Penempatan Berkelompok yang berbantu adalah skim rancangan yang di beri bantuan kerajaan untuk di bangunkan seperti Felda. Manakala yang tidak berbantu adalah kawasan kurniaan kepada peserta dan pihak pemilik/peserta tanah membangunkannya sendiri.

 

Bilakah hakmilik boleh di keluarkan kepada peserta-peserta di dalam Kawasan Penempatan Berkelompok?

Hakmilik akan di keluarkan kepada peserta setelah pembayaran CAC (Bayaran Wang Terkumpul) di jelaskan sepenuhnya.

 

Bilakah bantahan boleh di buat dan apakah asas bantahan dalam kes Pengambilan Balik Tanah (PBT)?

Bantahan boleh di buat semasa perbicaraan ke atas sebab-sebab berikut :

·         Ukuran ke atas tanah yang di ambil

·         Nilai pampasan 

·         Orang yang berhak menerima pampasan 

 

Siapakah orang yang berkelayakkan menghadiri perbicaraan dalam kes PBT? 

·         Penduduk yang mendiami tanah tersebut 

·         Pemilik tanah yang berdaftar jika bukan penduduk di atas tanah 

·         Mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di atas tanah tersebut 

·         Mana-mana orang yang di percayai mempunyai kepentingan di atas tanah tersebut 

 

Bolehkah tanah Rizab Awam di buat pajak untuk di gunakan?

Tanah Rizab Awam boleh di pajak dengan tempoh tidak melebihi 21 tahun sebagaimana Seksyen 63 Kanun Tanah Negara.

 

 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top