• Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
  • Emailptgj@johor.gov.my
  • AddressBangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

06 Mei 2024 (Isnin), Kota Iskandar – Kemeriahan Aidilfitri masih dirasai meskipun telah memasuki 27 Syawal dengan penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Johor semalam. Lebih 1000 orang tetamu telah hadir memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut.

Majlis dimulakan dengan acara gimik kacau dodol yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor sambil disaksikan oleh Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor turut meluangkan masa melawat gerai-gerai makanan yang disediakan oleh bahagian-bahagian di PTG Johor sambil menyantuni warga kerja dan tetamu jemputan yang hadir.

Pelbagai juadah telah disediakan seperti ketupat, burasak, nasi briyani, sate, kambing golek, mi rebus, laksa, kuih-muih, aiskrim, makanan goreng-gorengan serta pelbagai lagi menu raya yang lain. Sambil menjamu selera, para jemputan turut dihiburkan dengan persembahan busking daripada kumpulan Orkes Melayu Rojer yang mendendangkan lagu-lagu nostalgia raya sebagai halwa telinga.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Yang Berhormat Puan Hajah Khairin Nisa binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Tuan Ling Tiang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan, Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Binti Abdul Latiff Pengerusi PUSPANITA Negeri Johor, Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Dihormati CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor, Yang Berhomat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Mantan-mantan Pengarah PTG Johor serta para tetamu jemputan.

Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor serta para jemputan telah memeriahkan dan menambahkan seri kepada majlis ini. Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin ini akan terus berkekalan dan diberkati.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan buat semua pegawai dan anggota kerja yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis tersebut.

𝑆𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐴𝑖𝑑𝑖𝑙𝑓𝑖𝑡𝑟𝑖. 𝑀𝑎𝑎𝑓 𝑍𝑎ℎ𝑖𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝐵𝑎𝑡𝑖𝑛.

Ubah bahasa »
Skip to content