BENGKEL PEMURNIAN DRAF PERJANJIAN KONSESI e-TANAH
Pada 05 hingga 08 Disember 2022 telah berlangsung Bengkel Pemurnian Draf Perjanjian Konsesi e-Tanah bagi Pentadbiran Tanah Johor yang bertempat di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri. Bengkel turut dihadiri oleh Yang Berhormat, Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Pengarah Tanah & Galian Johor. Selain itu, bengkel turut dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap Pejabat Tanah Daerah melibatkan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah dari Pentadbiran Tanah Johor.
Objektif utama bengkel adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan Draf Perjanjian Konsesi e-Tanah dalam melaksanakan hasrat Kerajaan ke arah Pendigitalan Pentadbiran Tanah.