A- A A+

Log Masuk

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN PENDAFTARAN PENTADBIRAN TANAH JOHOR

      1.Pendaftaran Suratcara Urusniaga dan Bukan Urusniaga;-

          Pendaftaran Suratcara Urusniaga dan Bukan Urusniaga akan didaftarkan dan diserahpulang dalam tempoh 1-14 hari dari tarikh perserahan diterima.

 

      2.Pendaftaran Suratcara Bukan Urusniaga (Kaveat);-

          Pendaftaran memasukkan dan menarikbalik kaveat akan didaftarkan dalam tempoh 1-3 hari dari tarikh perserahan diterima.

     

      3.Pendaftaran Hakmilik;-

         3.1 Permohonan Hakmilik Sementara baru akan didaftarkan dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh;

              3.1.1   1-50 hakmilik     -  1-5 hari

              3.1.2   51-100 hakmilik   -  1-14 hari

              3.1.3  101 hakmilik keatas  - 30 hari

         3.2 Hakmilik Sambungan Sementara akan didaftarkan dari tarikh terimaan sebagaimana berikut;

             3.2.1   Kerana hakmilik hilang   - 9 bulan  

             3.2.2   Kerana hakmilik rosak    - 9 bulan

 

         3.3 Hakmilik Sambungan Kekal akan didaftarkan dari tarikh terimaan sebagaimana berikut;

              3.3.1   Kerana hakmilik hilang    - 9 bulan        

              3.3.2   Kerana hakmilik rosak     - 9 bulan

 

        3.4 Pendaftaran Hakmilik Kekal akan didaftarkan dari tarikh terima Borang 5B/5C daripada Jabatan Ukur sebagaimana berikut;

              3.4.1   Individu - 2 minggu

              3.4.2   Projek mengandungi 300 hakmilik dan kurang - 2 bulan

              3.4.3   Projek mengandungi 301 hakmilik ke atas - 3 hingga 4 bulan

 

    4. Permohonan Kebenaran Pindahmilik (Longgar Sekatan Kepentingan Tanah)

        4.1 Kebenaran Pindahmilik Hartanah

             4.1.1    Antara kaum (tidak sama bangsa)
                        (Kelulusan Oleh Menteri besar Johor)          

                        -  Perakuan dari PTG akan dikemukakan kepada Menteri Besar Johor dalam tempoh 2-3 hari dari tarikh permohonan diterima.

                        -  Surat keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 2-3 hari dari tarikh keputusan diterima.

            4.1.2     Sesama bangsa (Kelulusan oleh PTG Johor)

                        -  Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 2-3 minggu dari tarikh permohonan diterima.

            4.1.3      Rumah/Kedai Kos Rendah/Sederhana Rendah
                         (Kelulusan Oleh PTG/Timbalan PTG)

                        -  Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 2-3 minggu dari tarikh permohonan diterima

 

       4.2 Kebenaran Pajakan Hartanah (Kelulusan Oleh Menteri Besar Johor)

           - Perakuan dari PTG akan dikemukakan kepada Menteri Besar Johor dalam tempoh 2-3 hari dari tarikh permohonan diterima.

           - Surat keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh keputusan diterima.

 

    5.Permohonan Kebenaran Perolehan Hartanah Oleh Kepentingan Asing;-

       5.1 Kebenaran Perolehan Hartanah/Pajakan (RM 10 juta kebawah)
             (Kelulusan oleh PTG Johor)

             5.1.1    Kebenaran Perolehan Hartanah/Pajakan

                        -      Keputusan akan dikelurkan dalam tempoh 2-3 minggu dari tarikh   permohonan diterima

             5.1.2    Kebenaran Perolehan Hartanah yang memerlukan penilaian JPPH  

                         -    Keputusan akan dkeluarkan dalam tempoh 1-3 bulan dari tarikh permohonan diterima.

 

       5.2 Kebenaran Perolehan Hartanah/Pajakan (RM10 juta keatas)
            (Kelulusan oleh Menteri Besar Johor)

            5.2.1    Kebenaran Perolehan Hartanah/Pajakan

                       -  Perakuan dari PTG akan dikemukakan kepada Menteri Besar Johor dalam tempoh 2-3 hari dari tarikh permohonan diterima.

                       -  Surat keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 2-3 hari dari tarikh keputusan diterima

            5.2.2    Kebenaran Perolehan Hartanah yang memerlukan penilaian JPPH

                       -  Perakuan akan dikemukakan kepada Menteri Besar Johor dalam tempoh 2-3 hari dari tarikh penilaian JPPH diterima.

                       -  Surat keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 2-3 hari dari tarikh keputusan diterima

 

    6.Permohonan Salinan Sah Hakmilik dan Suratcara;

        6.1  Permohonan salinan sah hakmilik berkomputer akan disiapkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima

        6.2  Permohonan salinan sah suratcara yang telah dijilid akan disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan diterima

 

    7.Permohonan Carian Persendirian dan Carian Rasmi;

        7.1  Permohonan Carian Persendirian Hakmilik akan diperolehi serta merta di Kaunter Carian.

        7.2  Permohanan Carian Rasmi akan diperolehi dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima.

        7.3  Permohonan Carian Persendirian Hakmilik/ Carian Rasmi oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan akan disiapkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima.

 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top