A- A A+
Items filtered by date: Selasa, 02 Oktober 2018

Pada hari ini iaitu 2 Oktober 2018, telah berlangsung “SEMINAR BERSEDIAKAH KITA MENUJU PASCA PERSARAAN”  di Pejabat Tanah dan Galian Johor
anjuran bersama Kelab Puspanita dan Kelab Kebajikan & Rekreasi PTG Johor.   

Seminar ini dimulai dengan bacaan Al-Quran dan Terjemahan serta Bacaan Doa. Seterusnya seminar ini telah dirasmikan oleh 
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Halim bin Hasbullah, Pengarah Tanah dan Galian Johor.

Pada Slot Pertama, Perunding Motivasi & Kaunseling terkenal  iaitu Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh telah memberi penerangan mengenai Kepentingan
Penjagaan Kesihatan Diri (Fizikal, Mental & Spiritual)  Menuju Pasca Persaraan. Manakala pada Slot Kedua pula, Naib Presiden Bank Muamalat iaitu Tuan Awang@musran Tawil telah
memberi penerangan mengenai Financial Freedom Menuju Pasca Persaraan. Ternyata ilmu yang diberi adalah sangat bermanfaat kepada semua pekerja di samping memberi idea
untuk bebas dari belenggu hutang dan hidup bahagia ketika bersara.

Published in PTG JOHOR
Go to top