A- A A+

Items filtered by date: Khamis, 07 November 2019


Bermula awal tahun 2018, 8 masalah utama telah dikenalpasti di setiap bahagian di Pejabat Tanah Daerah Kluang. Melalui kaedah Data Matrik Analisis Chart, 4 Masalah Paling Utama dipilih. Verifikasi serta pemerhatian dibuat bagi memilih masalah paling utama iaitu "Proses Rawatan Tunggakan Cukai Tanah Tidak Efisyen".

 

Objektif utama ialah ketetapan dari Ketua Jabatan mencabar agar KPI 25% dari Jumlah keseluruhan Tunggakan Cukai Tanah yag ditetapkan oleh Perbendaharaan Negeri Johor dinaikkan kepada KPI 35% dengan tambahan RM411,000 setahun.

 

Beberapa Punca dikenalpasti dan 3 Punca Masalah Paling Utama dipilih iaitu :

1.Lokaliti Tidak Tepat

2.Data Tidak Lengkap

3.Pertindihan Tugas

 

Dan 5 Penyelesaian dipilih bagi menyelesaikan masalah yang berlaku iaitu :

1. Mewujudkan Sistem Bermaklumat Tunggakan Cukai
2.Menyediakan Senarai Semak Tatacara Mencari Pemilikan Tanah

3.Mewujudkan Taskforce Tunggakan Cukai Tanah
4.Membuat Jadual Kaunter Luar

5.Memperkenalkan Kaedah RundingCara

 

Melalui pelan penyelesaian yang dibuat, Impak dari ujicuba yang dibuat sehingga 5 Nov 2019 ialah :
1.Kutipan sentiasa mencapai KPI yang ditetapkan dengan jumlah RM1,214,703.00 pencapaian 37%.
2.Tambahan hasil RM444,941.50 melalui 28 Lokasi kutipan luar.

3.Penjimatan masa mengesan lokasi dari 7 hari kepada 1 hari.

4. Penjimatan Modal Insan 1 kekosongan jawatan bernilai RM16,236.00

5.Rangka Kerja Kaunter Luar 2019 disusun lebih awal dan terancang (peruntukan banner hebahan, gift, booth dll)
6.Penumpuan kepada pengeluaran dan penyelesaian Notis 6A.

 

Melalui projek ini, Pejabat Tanah Daerah Kluang telah mendapat Pengiktirafan Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 5 Bintang, pengiktirafan dari PTG Johor, merangkul Anugerah Emas dalam Konvensyen Mini Team Excellence Wilayah Selatan pada April 2019, merangkul Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan dan menjadi rujukan Pejabat Tanah Daerah di Negeri Johor dan di Malaysia.Terima kasih kepada semua yang menjayakan ini sepanjang projek berlangsung.

Published in PTKLUANG

Majlis ‘Sanjungan Budi’ Sempena Persaraan dan Pertukaran Staf Pejabat Tanah Johor Bahru telah diadakan di Sangkar Kristal pada 31 Oktober 2019 (Khamis). Staf–staf yang diraikan adalah Puan Hajah Zurhaidah binti Shariff (bersara), Puan Saimah Binti Jais (bersara), Tuan Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (bertukar) dan Puan Farena binti Md A Rahim (bertukar).

Published in PTJB

14 Oktober 2019 (Isnin) merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Hajah Zurhaidah yang bersara genap pada usia 58 tahun. Manakala, Puan Saimah binti Jais bersara wajib pada 23 Oktober 2019 (Rabu). Majlis kecil-kecilan telah diadakan di ruangan hasil Pejabat Tanah Johor Bahru. Majlis bermula pada jam 4 petang dan diiringi dengan bacaan doa, ucapan perpisahan dan pemberian hadiah.

Published in PTJB
Khamis, 07 November 2019 10:29

Majlis Penyerahan Notis 5A Kampung Sentosa

Pada 13 Oktober 2019 (Ahad), Majlis Penyerahan Notis 5A Penduduk Kampung Sentosa telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Padang Awam Kampung Sentosa. Tetamu terhormat Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal turut hadir dalam majlis tersebut.

Published in PTJB
Go to top