A- A A+
Items filtered by date: Isnin, 15 Julai 2019

Tahniah Pejabat Tanah Batu Pahat di atas pencapaian cemerlang 100% Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2018 dan sijil penghargaan kerana telah melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pada tahun 2018 dengan jayanya.

Published in PTBP
Isnin, 15 Julai 2019 14:24

Taklimat MyPortfolio dan DKICT

Taklimat MyPortfolio dan DKICT telah diadakan pada 8 Julai 2019 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan tentang tatacara menyiapkan myportfolio dan menyemak kembali tatacara yang betul dan panduan-panduan berguna.

Kesemua staff hadir dan staff dapat memahami apa yang telah diterangkan.

Published in PTBP

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H / 2019M PEJABAT TANAH DAERAH BATU PAHAT.

TARIKH : 1 JUN 2019 (AHAD)
MASA : 11:00 PAGI - 3:00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, PEJABAT TANAH DAERAH BATU PAHAT

Published in PTBP

Program Rakan Muda Ramadhan khatam Al-Quran peringkat negeri dan majlis khatam Al-Quran peringkat daerah Batu Pahat Tahun 1440H/2019M yang berlangsung pada 26 Mei 2019 di Masjid Sri Sulung, Parit Sulong.

Penglibatan daripada banyak agensi telah memeriahkan majlis. Seramai lebih 150 orang jemaah telah bersama hadir menjayakan majlis.

 
Published in PTBP

Pada 16 Mei 2019(Khamis) telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya Peringkat Daerah Batu Pahat Tahun 2019M/1440H anjuran Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dan telah menjemput Tuan Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat bagi menyempurnakan majlis.Majlis berlangsung di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

Published in PTBP

Pada 14 Mei 2019, Pejabat Tanah Batu Pahat telah mengadakan Program 'Jom Masak Bubur Lambuk',majlis bermula jam 8pg. Semua kakitgn bersama-sama bergotong-royong menjayakan aktivti secara bergilir-gilir hingga selesai. Bubur lambuk disediakan sendiri oleh Tuan Pentadbir Tanah Daerah dengan resepi ciptaannya sendiri.

Published in PTBP

Program Solat Terawih bulan Ramadhan 1440H 13 Mei 2019. Di Masjid Kg.Sri Ladang. Seramai lebih 90 jemaah hadir bersama menunaikan solat terawih.

 

Published in PTBP

Program Solat Terawih bulan Ramadhan 1440H 9 Mei 2019. Di Masjid Jamek Kg.Linau Kecil. Seramai lebih 45 jemaah hadir berjemaah bersama. Sedikit jamuan disediakan seperti bubur kacang hijau dan kuih muih.

Published in PTBP

Program Solat Terawih bulan Ramadhan 1440H 9 Mei 2019. Di Masjid Jamek Kg.Linau Kecil. Seramai lebih kurang 50 jemaah hadir bersama mengimarahkan terawih.

Published in PTBP
Go to top