A- A A+

Items filtered by date: Ahad, 25 Oktober 2020

Pada 13 Oktober 2020, Kursus Transformasi Budaya Kerja Kelas Pertama telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. Antara penceramah jemputan adalah Encik Mohd Firdaus Ramlan yang merupakan Pengurus / Speaker CJ Global Venture. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk 'TUMBUK RUSUK DUIT PANADOL'. Kursus yang dihadiri seramai 75 orang ini bertujuan membentuk warga kerja Pejabat Tanah Johor Bahru agar sentiasa memberikan perkhidmatan berkualitii dan berintegriti.

Published in PTJB

Pada 1 Oktober 2020 (Khamis) , Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2019 telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Hotel Thistle, Johor Bahru. Majlis tersebut turut dihadiri oleh tetamu jemputan Encik Muhidin Husin dan Puan Hajah Rodziah Khasran. Selain menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang, Tuan PTD mewujudkan 2 lagi anugerah khas iaitu Anugerah Tunas Bakti dan Anugerah Khidmat Setia di samping menyampaikan cenderahati kepada kakitangan yang bersara dan bertukar. Kelainan tema pada majlis ini lelaki diwajibkan memakai 'Bow Tie' dan wanita berpakaian dress, fesyen dan baju kurung.

Published in PTJB

Pada Hari Rabu 19 Ogos 2020, telah di adakan Kursus Penulisan Surat Rasmi, Emel dan Minit Mesyuarat bertempat di Dewan Institut Integriti Kempimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS) Taman Nong Chik, Johor Bahru. Objektif kursus ini yang telah dihadiri seramai 35 orang adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam menulis surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat yang sistematik dan berkualiti. Melalui kursus ini juga peserta akan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan berkeyakinan.

Published in PTJB

Go to top