A- A A+

Items filtered by date: Selasa, 08 Jun 2021

Selasa, 08 Jun 2021 14:16

Majlis Penyerahan Notis 5A

Penerima yang layak adalah berjumlah 33 orang dan pihak pejabat telah membahagikan kepada 3 peringkat bagi mematuhi SOP dan penjarakan sosial yang telah ditetapkan supaya keadaan terkawal dan tidak sesak.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Amirul Haffiz bin Ariff selaku Pentadbir Tanah Johor Bahru dan dibantu oleh Encik Muhammad Saufee bin Abdul Shukor selaku Penolong Pentadbir Tanah Johor Bahru. Sesi penerangan dan soal jawab berkenaan Notis 5A tersebut antara pegawai pejabat tanah dan penerima berjalan dengan lancar.

Published in PTJB

Majlis berlangsung pada 20 April 2021 jam 6.30 petang. Majlis tersebut telah diadakan di Rumah Barakah Anak-anak Yatim Johor, Jalan Bukit Chagar, Johor Bahru.

Majlis telah dihadiri YB Dato' Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Pentadbir Tanah Johor Bahru dan beberapa staf jemputan bagi memeriahkan majlis tersebut.

Published in PTJB
Majlis Penyerahan Cek Pampasan dan Penyampaian Borang K Pengambilan Tanah bagi tujuan cadangan Projek Rapid Transit Sistem Link (RTS Link) Johor Bahru - Singapura - 19 April 2021 (Isnin)
 
Sebanyak 58 tanah meliputi 46 tanah bermilik dan 10 lot tanah kerajaan / rizab di Bandar Johor Bahru Daerah Johor Bahru terlibat dengan proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 1960). Lot-lot yang terlibat dengan pengambilan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 4 APT 1960 pada 8 Oktober 2020 dan pewartaan di bawah Seksyen 8 APT 1960 telah disempurnakan pada 21 Januari 2021.
 
Proses perbicaraan bagi 46 lot telah dilaksanakan selama tiga hari sahaja mulai 5 - 7 April 2021 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Perbicaraan bagi 41 lot telah dapat disempurnakan pada hari yang sama. Borang G dan Borang H telah dikeluarkan pada hari yang sama sejurus selepas proses perbicaraan selesai. Borang G adalah award pampasan bertulis yang diberikan oleh Pentadbir Tanah sebagaimana peruntukan Seksyen 14 APT 1960, manakala Borang H adalah notis yang disampaikan kepada semua pemilik tanah berhubung tawaran pampasan sebagaimana jumlah yang dinyatakan dalam Borang G. Ulang bicara bagi 5 plot telah disempurnakan pada 19 April 2021.
 
Cek bayaran pampasan kepada 177 pihak yang dinamakan dalam Borang H telah disediakan dan diserahkan dalam tempoh masa kurang 14 hari di mana :
1) Pentadbir Tanah menyerahkan cek pampasan kepada pemilik tanah
2) Pemilik Tanah menyerahkan dokumen hakmilik kepada Pentadbir Tanah dan
3) Pentadbir Tanah menyampaikan Borang K kepada pemilik tanah (Borang K adalah pemberitahuan bahawa tanah telah diambil dan menjadi tanah kerajaan)
Published in PTJB

Program Pemerkasaan Komuniti Daerah Johor Bahru bertempat di Sunway Bigbox Retail Park, Medini Iskandar Puteri. Program dihadiri oleh pemimpin setempat yang terdiri dari penghulu mukim, ketua kampung, ahli majlis, tok batin dan lain-lain pemimpin masyarakat.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan dan informasi kepada semua pemimpin masyarakat di dalam daerah Johor Bahru berkenaan usaha-usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dan seterusnya maklumat ini dapat disalurkan kepada masyarakat setempat.

Program Pemerkasaan Komuniti Daerah Johor Bahru ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Amirul Haffiz bin Ariff, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru, YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Salleh.

Published in PTJB

Majlis perpisahan Puan Hajah Maimunah di atas persaraan beliau dan Puan Fadilah di atas penamatan perkhidmatan telah berlangsung. Tuan PTD telah memberikan ucapan penghargaan dan seterusnya ucapan daripada kedua pihak yang dirai. Pada majlis tersebut, hadiah dan buah tangan telah diberikan kepada mereka. Kedua pegawai tersebut telah di iring keluar pejabat dan dibawa menaiki kenderaan pejabat mengelilingi sekitar kawasan.

Published in PTJB

Penceramah Jemputan YM Hajah Ungku Khalsom Sofia binti Ungku Yusoff, Ketua Penolong Pengarah (Hakmilik Strata) PTG Johor. Objektif kursus adalah untuk :

1) Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembangunan Strata di Negeri Johor serta penambahbaikan yang boleh dilakukan

2) Membantu meningkatkan kefahaman peserta dalam pembangunan Strata dari perspektif perundangan dan meningkatkan kompetensi peserta dalam melaksanakan tugas berkaitan

3) Menambah pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek pengurusan Hakmilik Strata

Published in PTJB

Go to top