A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Pada 1 Oktober 2020 (Khamis) , Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2019 telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Hotel Thistle, Johor Bahru. Majlis tersebut turut dihadiri oleh tetamu jemputan Encik Muhidin Husin dan Puan Hajah Rodziah Khasran. Selain menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang, Tuan PTD mewujudkan 2 lagi anugerah khas iaitu Anugerah Tunas Bakti dan Anugerah Khidmat Setia di samping menyampaikan cenderahati kepada kakitangan yang bersara dan bertukar. Kelainan tema pada majlis ini lelaki diwajibkan memakai 'Bow Tie' dan wanita berpakaian dress, fesyen dan baju kurung.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top