A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Program Pemerkasaan Komuniti Daerah Johor Bahru bertempat di Sunway Bigbox Retail Park, Medini Iskandar Puteri. Program dihadiri oleh pemimpin setempat yang terdiri dari penghulu mukim, ketua kampung, ahli majlis, tok batin dan lain-lain pemimpin masyarakat.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan dan informasi kepada semua pemimpin masyarakat di dalam daerah Johor Bahru berkenaan usaha-usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dan seterusnya maklumat ini dapat disalurkan kepada masyarakat setempat.

Program Pemerkasaan Komuniti Daerah Johor Bahru ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Amirul Haffiz bin Ariff, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru, YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Salleh.


Go to top