A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Majlis Penyerahan Cek Pampasan dan Penyampaian Borang K Pengambilan Tanah bagi tujuan cadangan Projek Rapid Transit Sistem Link (RTS Link) Johor Bahru - Singapura - 19 April 2021 (Isnin)
 
Sebanyak 58 tanah meliputi 46 tanah bermilik dan 10 lot tanah kerajaan / rizab di Bandar Johor Bahru Daerah Johor Bahru terlibat dengan proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 1960). Lot-lot yang terlibat dengan pengambilan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 4 APT 1960 pada 8 Oktober 2020 dan pewartaan di bawah Seksyen 8 APT 1960 telah disempurnakan pada 21 Januari 2021.
 
Proses perbicaraan bagi 46 lot telah dilaksanakan selama tiga hari sahaja mulai 5 - 7 April 2021 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Perbicaraan bagi 41 lot telah dapat disempurnakan pada hari yang sama. Borang G dan Borang H telah dikeluarkan pada hari yang sama sejurus selepas proses perbicaraan selesai. Borang G adalah award pampasan bertulis yang diberikan oleh Pentadbir Tanah sebagaimana peruntukan Seksyen 14 APT 1960, manakala Borang H adalah notis yang disampaikan kepada semua pemilik tanah berhubung tawaran pampasan sebagaimana jumlah yang dinyatakan dalam Borang G. Ulang bicara bagi 5 plot telah disempurnakan pada 19 April 2021.
 
Cek bayaran pampasan kepada 177 pihak yang dinamakan dalam Borang H telah disediakan dan diserahkan dalam tempoh masa kurang 14 hari di mana :
1) Pentadbir Tanah menyerahkan cek pampasan kepada pemilik tanah
2) Pemilik Tanah menyerahkan dokumen hakmilik kepada Pentadbir Tanah dan
3) Pentadbir Tanah menyampaikan Borang K kepada pemilik tanah (Borang K adalah pemberitahuan bahawa tanah telah diambil dan menjadi tanah kerajaan)

Go to top