A- A A+
Menu

Log Masuk

Tarikh : 19-20 September 2018 
Tempat : Pejabat Tanah Kluang

Alhamdulillah Pejabat Tanah Kluang telah menerima kunjungan para auditor bagi menyempurnakan Penilaian Akhir Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi tahun 2018. Sistem Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah diperkenalkan bagi mencapai matlamat 1 standard pelaksanaan. Input daripada Kajian Penyampaian Perkhidmatan Tanah digunakan untuk menetapkan standard bagi setiap urusan tanah dan dijadikan sebagai kriteria penilaian Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah.
.
.
Standard dibentuk dengan merujuk 'best practices' bagi sesuatu urusan tanah. Maka bagi mendapatkan penarafan 5 Bintang, Pejabat Tanah perlu melaksanakan urusan perkhidmatan tanah mengikut standard yang telah ditetapkan dalam pentadbiran tanah.
.
.
Kriteria penilaian meliputi lima (5) komponen utama pentadbiran tanah iaitu Pelupusan, Pendaftaran, Pembangunan, Hasil dan Penguatkuasaan & Teknikal. Bagi Pejabat Tanah Kluang, alhamdulillah hasil kerjasama semua kakitangan, kami berjaya melaksanakan urusan perkhidmatan tanah mengikut standard yang ditetapkan bagi memudahkan rakyat dan pelabur yang berurusan.
.
.
Diharap ada rezeki untuk pencapaian 5 Bintang iaitu keputusan rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat. Terima kasih di atas penglibatan semua. Moga perkhidmatan pentadbiran tanah dapat diperkasa, berintegriti dan hebat di persada rakyat.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top