A- A A+
Menu

Log Masuk

Tarikh : 20 Februari 2019
Tempat : Dewan Muafakat Taman Sri Kluang.

Telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perlaksanaan Kaunter Cukai Tanah antara Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Daerah Kluang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang disaksikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Ismail Bin Abu. Objektif utama perjanjian ini adalah untuk menjalinkan hubungan baik antara dua agensi pengutip hasil terbesar di Daerah Kluang dalam meningkatkan kutipan Cukai Tanah dan Cukai Pintu.

Pejabat Tanah Daerah Kluang akan menempatkan dua orang kakitangan di Kaunter Majlis Perbandaran Kluang setiap Hari Ahad bermula Januari dan Februari setiap tahun. Manakala Majlis Perbandaran Kluang boleh mendapatkan perkhidmatan dari Pejabat Tanah Daerah Kluang tanpa dikenakan sebarang bayaran. Impak dari kerjasama ini amat menggalakkan dan positif kerana pembayar cukai tanah tidak perlu bersesak dan beratur panjang di Kaunter Pejabat Tanah Daerah Kluang selain tidak perlu pergi kepada dua tempat yang berlainan untuk  membayar cukai tanah dan cukai pintu.

Selain itu, amalan baik ini dapat memberi kesedaran kepada pembayar cukai harta akan tanggungjawab mereka untuk membayar cukai tanah. Ini kerana mereka tiada kesedaran berkenaan cukai tanah dengan alasan tiada bil dihantar ke rumah sebagaimana Bil Cukai Taksiran yang memang dihantar oleh Majlis Perbandaran Kluang dua kali setahun. Sedangkan adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah sebagaimana yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara. Semoga hubungan baik antara kedua-dua agensi dapat meningkatkan hasil Negeri Johor.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top