A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Alhamdulillah, telah diadakan Kursus Kesedaran Integriti anjuran Unit Integriti Pejabat Tanah Daerah Kluang. Program ini dijayakan dengan kerjasama Unit Integriti dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Objektif utama adalah untuk memantapkan integriti di kalangan kakitangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang mengutip hasil kerajaan Negeri Johor.

Program ini turut menilai tahap kejujuran kakitangan dalam menangani beberapa situasi yang telah diatur oleh para fasilitator. Semoga kakitangan dapat mempelajari sesuatu melalui pengisian program dan menaikkan imej penjawat awam khasnya.

Turut diadakan ialah Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Encik Hazee Hilal Bin Hussein. Terima kasih kepada semua kakitangan yang memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keberlangsungan program.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top