A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Alhamdulillah, Pejabat Tanah Daerah Kluang telah berjaya menyertai Mini Konvensyen Team Excellence Anjuran MPC Wilayah Selatan. Projek yang dipertaruhkan adalah melibatkan Bahagian Hasil dengan tajuk projek "Rawatan Tunggakan Cukai Tanah Rendah".

Punca Masalah yang dikenalpasti ialah tiada inisiatif untuk menambahbaik proses kerja bagi meningkatkan tunggakan hasil. Hanya kebergantungan kepada prosedur kerja Notis 6A, iaitu perlu melalui proses undang-undang, birokrasi yang memakan masa tanpa sebarang kutipan hasil kerana kekurangan data pemilik.

Dengan adanya inisiatif yang didokumenkan melalui Buku Projek, impak yang didapati sangat positif. Antaranya kaedah rundingcara, Penubuhan Team TaskForce, Penggunaan GeoPortal, Sistem e-Notify dan beberapa inisiatif lain. Malahan kutipan Tunggakan cukai tanah telah mencapai 36.94% iaitu melebihi KPI yang ditetapkan sebannyak 25% setahun.

Semoga kemenangan EMAS yang diperolehi memberi semangat kerja yang lebih positif di kalangan kakitangan Pejabat Tanah Daerah Kluang dan menambah kutipan hasil Negeri secara keseluruhan.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top