A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

 

Telah diadakan lawatan kerja melibatkan 34 kakitangan Pejabat Tanah Daerah Kluang ke Pejabat Daerah dan Tanah Marang diketuai oleh Penolong Pentadbir Tanah (Pembangunan dan Pelupusan) iaitu Encik Mohd Razi Bin Aziz.

Tujuan lawatan adalah ingin berkongsi inovasi yang telah dibuat oleh Pejabat Daerah dan Tanah Terengganu sehingga dinobatkan 5 Bintang dalan Sistem Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah (SSR) Bagi Tahun 2019. Untuk makluman, Pejabat Tanah Daerah Kluang turut mendapat 5 Bintang untuk Sistem Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah (SSR) Bagi Tahun 2018.

Antara inovasi yang dibuat ialah "Smart Counter" iaitu Kaunter Cukai Tanah mudah alih yang boleh diakses tanpa menggunakan talian internet. Inovasi lain ialah Sistem LPS online dan beberapa inovasi lain.

Terima kasih di atas perkongsian yang dibuat dan syabas diatas pengiktirafan yang diberikan.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top