A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

 

Info Daerah

Daerah Kota Tinggi terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan daerah yang terbesar di negeri Johor dengan keluasan 3488.7 kilometer persegi. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah ini memiliki 10 buah mukim ( 3 mukim untuk daerah kecil Pengerang) serta menempatkan lebih 200,000 penduduk yang menetap di 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 31 buah kawasan penempatan Felda, 2 buah kawasan penempatan Felcra dan 5 buah kawasan penempatan baru KEJORA.

Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah:

1)Warisan dan Kebudayaan

Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka), Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Makam Tauhid di Kampung Makam serta Makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan.

2)Eko Pelancongan & Alam Semulajadi

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi,bagi yang ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak. Pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

3)Minyak dan Gas

(Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang)

4)Perusahaan Kecil dan Sederhana

5)Pertanian dan Industri Asas Makanan

Info Jabatan

Pejabat Tanah Kota Tinggi terletak di Aras bawah dan 1, Bangunan Sultan Iskandar. Jabatan ini ditadbir oleh seorang Pentadbir Tanah dan dibantu oleh 3 orang Penolong Pentadbir Tanah yang ditempatkan di 3 bahagian utama. Peranan utama jabatan ini ialah menguruskan segala urusan berkaitan tanah bagi kawasan daerah Kota Tinggi. Jabatan ini dipacu oleh beberapa unit iaitu:

-       Unit Pentadbiran / Kewangan

-       Unit Pembangunan dan Pelupusan

-       Unit Pendaftaran

-       Unit Hasil dan Kuatkuasa

-       Unit Teknologi Maklumat

-       Unit Perundangan

Pejabat Tanah Daerah Kecil Pengerang terletak di Aras 3, Bangunan Kejora, Jalan Dato''Onn, Bandar Penawar, ditakbir oleh seorang  Penolong Pentadbir Tanah, Peranan utama pejabat ini ialah menguruskan segala urusan berkaitan tanah bagi kawasan daerah Pengerang.  Urusan dan Perkhidmatan yang disediakan adalah yang berkaitan dengan Unit Pelupusan dan Unit Hasil, ,manakala urusan Pendaftaran tanah bagi daerah kecil Pengerang diuruskan oleh Pejabat Tanah Kota Tinggi ini kerana di Pejabat Tanah Daerah Kecil Pengerang tiada bahagian Pendaftaran.

Kebanyakan urusan utama di Jabatan  ini dikendalikan menggunakan sistem maklumat berkomputer dan secara atas talian. Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan E-Consent digunakan di bahagian Pendaftaran. Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ) digunakan  di bahagian Hasil manakala Sistem E-RMKJ digunakan di bahagian pelupusan dan pembangunan.

Mukim-mukim dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Kota tinggi ialah:

-       Mukim Ulu Sungai johor.

-       Mukim Ulu Sungai Sedili Besar.

-       Mukim Johor Lama.

-       Mukim Kambau.

-       Mukim Kota Tinggi.

-       Mukim Sedili Besar.

-       Mukim Sedili Kecil

Mukim-mukim dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Kecil Pengerang ialah

-      Mukim Pengerang

-      Mukim Tanjung Surat

-      Mukim Pantai Timor

 

 

 

 Rajah: Peta Mukim beserta keluasan Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kecil Pengerang

 

 

 


Go to top