A- A A+
Menu
Menu

Log Masuk

Pada 23 Februari 2020 jam 2.30 petang telah diadakan Majlis Penyampaian Keputusan dan Notis 7G yang melibatkan 31 kelulusan Fastrack NIL, 5 kelulusan AOS (Pokok kepada Pokok), 1 kelulusan Permit Khas Ternakan Ayam dan 3 kelulusan ubahsyarat lain. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Ridha bin Dato' Hj. Abd. Kadir, Pengarah PTG Johor.

Majlis ini bertujuan memberi penghargaan kepada pemohon-pemohon yang menyambut hasrat baik inisiatif Pentadbiran Tanah Johor dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Johor. Selain itu, majlis ini merupakan platform mempromosikan inisiatif Pentadbiran Tanah Johor iaitu Fastrack NIL, Approval Over Submission (AOS), Permit Khas Ternakan Ayam dan lain-lain lagi.

Majlis juga turut dihadiri Tn. Hj. Radzi bin Md Amin, Pegawai Daerah Kulai dan Timbalan Pengarah II PTG Johor.

#PentadbiranTanahJohor
#FastrackNIL
#AOSPokokKepadaPokok
#PermitKhasTernakanAyam

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top