A- A A+

Log Masuk

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH TAPAK RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING.

Disempurnakan Perasmiannya Oleh :
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor.

DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berangkat menyempurnakan majlis pecah tanah projek Rumah Impian Bangsa Johor di Mersing, hari ini (22 Oktober).

Diilhamkan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, kira-kira 1,000 unit rumah akan dibangunkan di atas sebuah tapak seluas 142 ekar berdekatan Kampung Sri Pantai, Mersing.

Dengan konsep pembangunan berciri “Mini-Fremantle”, sempena bandar yang sama namanya di Perth, Australia, projek perumahan ini akan turut dilengkapi kemudahan seperti dewan komuniti Kompleks Bangsa Johor, taman riadah dan tasik, kedai-kedai serta sebuah motel.

Rumah yang akan dibina adalah jenis teres satu dan dua tingkat, masing-masing terdiri daripada 3 bilik dan 2 bilik air, dengan harga bermula daripada RM70,000.

Projek yang tidak melibatkan keuntungan ini dinaungi oleh Yayasan Sultan Ibrahim *Johor* dan merupakan sebuah usaha Keluarga DiRaja Johor bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

Ia dibiayai sendiri oleh *DYMM* Tuanku Sultan Ibrahim dan *DYAM* Tunku Mahkota Johor.

Menurut Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman, permohonan rumah hanya boleh dilakukan secara atas talian dan akan diperhalusi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Ibrahim *Johor*

“Bagi pihak seluruh rakyat Mersing, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Tuanku dan DYAM TMJ atas inisiatif Keluarga DiRaja ini.

“Ia suatu yang amat bermanfaat untuk Bangsa Johor. Raja dan Rakyat sememangnya berpisah tiada,” katanya.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top