A- A A+
Menu

Log Masuk

Pada hari ini, Khamis 2 Ogos 2018 bertempat di 2 lokasi yang berbeza, PTG telah dijemput untuk memberikan perkongsian mengenai Pembangunan Strata di negeri Johor. Berlangsung di FRS Tebrau III, PTG menerima jemputan REHDA Institute, salah seorang pembentang kertas kerja mengenai Registration and Issuance of Strata Title yang disampaikan adalah Puan Suhailizan binti Suliman, Timbalan Pengarah Pendaftaran. Manakala bertempat di Hotel Avilion Melaka, PTG Johor menerima undangan dari Jabatan Insolvensi Malaysia mengenai isu Strata dan Insolvensi yang disampaikan oleh Cik Fatimah Zaharah binti Hosni.

Terdahulu daripada ini, semasa sambutan Hari Tanah Malaysia bertempat di PICC Putrajaya pada 27 Julai 2018, melalui forum Persidangan Pentadbir Tanah Malaysia dan Persidangan Pengambilan Tanah Malaysia, PTG Johor telah dijemput untuk berkongsi pengalaman Pentadbiran Tanah Johor melalui 2 kertas kerja yang dibentangkan oleh Puan Suhailizan binti Suliman iaitu Pengambilan Balik Tanah Di Johor - Suatu Transformasi Baharu dan Pembangunan Berstrata : Dari Perspektif Pentadbiran Tanah Johor. 'Succesfull Stories' oleh Pentadbiran Tanah Johor ini akan dijadikan sebagai case study oleh pihak KPTG kelak. Slide-slide pembentangan ini boleh diperolehi dengan berhubung terus melalui talian 07-2666863 (Cik Herda).

 
 

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top