A- A A+

Log Masuk

PELANCARAN ‘APPROVAL OVER SUBMISSION’.

   

Pendekatan “Delighting The Customer” oleh PTG Johor, telah menyaksikan satu pelancaran ‘Approval Over Submission’ bagi urusan Permohonan Longgar Sekatan. Pendekatan yang julung kalinya  dilaksanakan bakal menjanjikan mereka yang mengemukakan permohonan longgar sekatan akan menerima surat kelulusan pada hari yang sama tertakluk kepada syarat permohonan berikut;

  1. Permohonan pindahmilik rumah murah atau kos rendah yang telah mendapat kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan Johor dan;
  2. Permohonan Pindahmilik Tanah melibatkan pindahmilik yang dibuat atas balasan kasih sayang di kalangan keluarga terdekat iaitu (suami/isteri) atau pertalian darah (datuk, nenek, ibu, bapa, adik-beradik dan anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara) dan;
  3. Permohonan pindahmilik secara ‘personal’ tanpa melalui ejen atau firma guaman.

Setakat hari ini sahaja, PTG telah menerima dan melulusakan permohonan melalui perkhidmatan APPROVAL OVER SUBMISSION’ sepertimana perkongsian gambar berikut.

 

Pautan Ke Video

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top