A- A A+
Menu

Log Masuk

Pada malam ini,4 Disember 2018, telah diadakan Majlis Apresiasi Program Penutup "Succession Plan" Penolong Pegawai Tanah 2018 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

"Succession Plan" atau pelan penggantian merujuk  kepada proses untuk mengenalpasti dan membangunkan sumber manusia, khususnya dalam kalangan  kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan utama dan kritikal organisasi tersebut.

'Succession Plan" Pementoran Penolong Pegawai Tanah , Pentadbiran Tanah Johor membawa konsep pementoran yang mengkehendaki perkongsian pengetahuan Dan kemahiran Dari Penolong Pegawai Tanah yang dikategorikan mahir kepada Penolong Pegawai Tanah yang lain. Program ini bertujuan melahirkan Penolong Pegawai Tanah yang professional, mahir, berintegriti dan berkredibiliti serta memperkasakan Dan menambahbaik struktur perjawatan Penolong Pegawai Tanah. Program ini adalah jalinan kerjasama bersama Pejabat Setiausaha  Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang dilaksanakan Sepanjang Tahun 2018.

Pada majlis ini juga diserahkan beberapa anugerah dan penyerahan drone kepada PTG Johor Dan Pejabat Tanah Daerah ke arah peningkatan mutu kerja dan penggunaan teknologi  dalam urusan tanah di Pentadbiran Tanah Johor

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah program "Succession Plan" Penolong Pegawai Tanah . Tahniah juga diucapkan kepada Pejabat Tanah Kluang yang telah menerima Pengiktirafan Penilaian Penarafan 5 Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2018 (Pusingan ke 2) yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap pengerusi Majlis Tanah Negara kepada Yang Amat Berhormat Dato' Osman Sapian, Menteri Besar Johor.

Senarai Penerima Anugerah
1. Anugerah Fasilitator Terbaik
    Encik Mohd Razi bin Aziz

2. Anugerah Mentor Terbaik
    Encik Roslan bin Ahmad

3. Anugerah Menti Terbaik
    Encik Khairulzaman bin Kamisan

4. Anugerah Kumpulan Terbaik
    Tajuk: Laporan Permohonan Tanah
    Tanah Kerajaan
     Fasilitator :Mohd Razi bin Aziz
     Mentor: Muzarin bin Dahlan
     Menti:
     Zamri bin Zahir
     Hairulnizam bin Abd Rahim
     Mohsin bin Hussin
     Lokman bin Abdul Hakim
     Abdullah Zawawi bin Md Sum

5. Anugerah Buku Log Terbaik
    Encik Md Halim bin Misdi

6. Anugerah Video Terbaik
    Tajuk: Penguatkuasaan
    Fasilitator: Mohd Haniff bin Ahmad
    Mentor: Azman bin Shuib
    Menti:
    Hadiron bin Kasmon
    Khairulzaman bin Kamisan
    Roslan bin Musa
    Sharuden bin Selamat
    Hanafi bin Jamil

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top