A- A A+
Menu

Log Masuk

Pada 14 Januari 2019, Pihak Pengurusan PTG Johor Telah Menganjurkan Majlis Amanat Pengarah 2019 Pada Jam 8.00 Pagi Bertempat di Dewan Serbaguna PTG Johor

Antara Intipati Daripada YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah selaku Pengarah PTG Johor,

1) YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah selaku Pengarah PTG Johor merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua anggota dan kakitangan PTG Johor kerana sentiasa bersedia dalam pelbagai keadaan.
2)  Pentadbiran Tanah Johor merupakan jabatan penyumbang 70% kepada bajet hasil johor yang merupakan sumber hasil utama kepada kerajaan negeri johor.
3)  YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha kerjasama semua pihak termasuk Pejabat Tanah Daerah dan Daerah Kecil mencapai pencapaian yang memberangsangkan, serta mencapai target bagi tahun 2018 walaupun tidak 100%.
4) YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah selaku Pengarah PTG Johor berharap semua jentera (kakitangan) tidak berasa terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Beliau menasihatkan agar perlu inisiatif yang berterusan untuk mengikuti perkembangan semasa agar dapat mencetuskan cara yang mengikut undang-undang bagi menyelesaikan tunggakan cukai tanah yang masih tinggi.
5)  Para pentadbir perlu terus memainkan peranan penting untuk mencapai agensi yang berkredibiliti tinggi. Menjalinkan sikap kerjasama berpasukan yang harmoni dan erat sesama kakitangan serta tingkatkan segala ilmu pengetahuan bagi kegunaan harian.
6)  Program Focus Group Discussion, Teach In, yang telah dilaksanakan sebelum ini telah memberi banyak impak yang positif dalam organisasi.
7)  YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah selaku Pengarah PTG Johor meminta semua pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Johor mengamalkan konsep 'CTI' yang bermaksud C = Cekap dan Cepat, T =  Teliti, I = Integriti, dalam pengurusan kerja seharian.
8)  Penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang bertukar ke jabatan lain.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top