A- A A+
Menu

Log Masuk

Anugerah Insentif Bagi Tahun 2018

Bagi tahun 2018,hasil kerja keras semua agensi pemungut hasil, maka sebanyak RM 1.54 billion telah dipungut melebihi sasaran RM 1.504 billion dengan jayanya, iaitu sebanyak 102.39%. Atas pencapaian ini, agensi-agensi pemungut hasil akan diberikan insentif oleh Kerajaan Negeri.
 
Bagi kategori Pentadbiran Tanah, terdapat 6 jabatan yang memperoleh insentif dan antaranya Pejabat Tanah dan Galian Johor, dan beberapa Pejabat Tanah Daerah, dan Pejabat Tanah Daerah kecil.
 
Penerima adalah berdasarkan kriteria-kriteria yg telah ditetapkan dan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Insentif Hasil Negeri dan seterusnya diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
 
Penerima-penerima utama adalah:
 
1. Pejabat Tanah dan Galian Johor
2. Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru
3. Pejabat Tanah Daerah Muar
4. Pejabat Tanah Daerah Segamat
5. Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis
6. Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit
 
Penyampaian Anugerah insentif ini disampaikan khas dari YAB Dato' Haji Osman bin Haji Sapian selaku Menteri Besar Johor sempena Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2019.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top