A- A A+
Menu

Log Masuk

Pada 30 Jun 2019, Pejabat Tanah dan Galian Johor telah menganjurkan Majlis Yok Raya PTG Johor bermula 11.00 pagi hingga 3.00 petang yang bertempat di perkarangan parkir PTG Johor.

Segala hiasan dan dekorasi ' Stall ' digubah serta diolah mengikut kreativiti oleh kakitangan PTG Johor sendiri.

Selain itu, Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim Setanggi. Pemberian sumbangan duit raya turut diberikan oleh Pejabat Tanah dan Galian johor, Setiausaha Kerajaan Johor, dan Menteri Besar Johor.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada pembayar cukai tanah atas talian turut dilaksanakan. Disampaikan khas dari YAB Dato' Dr. Sahruddin Bin Jamal, Menteri Besar Johor.

Penyampaian kepada pemenang video raya kategori pejabat tanah daerah turut dilaksanakan. Disampaikan khas dari Pengarah Tanah dan Galian Johor sendiri.

Tempat pertama :  Pejabat Tanah Daerah Mersing
Tempat Kedua :  Pejabat Tanah Daerah Kulai
Tempat Ketiga : Pejabat Tanah Daerah Segamat

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top