A- A A+
Menu

Log Masuk

Pejabat Tanah Daearah Kluang telah berjaya merangkul Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah (RTEx) (Wilayah Selatan) 2019 yang diadakan di Ramada Plaza, Melaka tanggal 8 hingga 9 Julai yang lepas.

Projek ini melibatkan Unit Hasil, Teknologi Maklumat, Teknikal dan Pendaftaran bertajuk "Proses Rawatan Tunggakan Cukai Tanah Tidak Efisyen".

Bermula awal tahun 2018, 8 masalah utama telah dikenalpasti di setiap bahagian di Pejabat Tanah Daerah Kluang. Melalui kaedah Data Matrik Analisis Chart, 4 Masalah Paling Utama dipilih. Verifikasi serta pemerhatian dibuat bagi memilih masalah paling utama iaitu "Proses Rawatan Tunggakan Cukai Tanah Tidak Efisyen".

Objektif utama ialah ketetapan dari Ketua Jabatan mencabar agar KPI 25% dari Jumlah keseluruhan Tunggakan Cukai Tanah yag ditetapkan oleh Perbendaharaan Negeri Johor dinaikkan kepada KPI 35% dengan tambahan RM411,000 setahun.

Beberapa Punca dikenalpasti dan 3 Punca Masalah Paling Utama dipilih iaitu :
1.Lokaliti Tidak Tepat
2.Data Tidak Lengkap
3.Pertindihan Tugas

Dan 5 Penyelesaian dipilih bagi menyelesaikan masalah yang berlaku iaitu :
1.Mewujudkan Sistem Bermaklumat Tunggakan Cukai
2.Menyediakan Senarai Semak Tatacara Mencari Pemilikan Tanah
3.Mewujudkan Taskforce Tunggakan Cukai Tanah
4.Membuat Jadual Kaunter Luar
5.Memperkenalkan Kaedah RundingCara

Melalui pelan penyelesaian yang dibuat, Impak dari ujicuba yang dibuat sehingga 30 Jun 2019 ialah :
1.Kutipan sentiasa mencapai KPI yang ditetapkan dengan jumlah RM1,214,703.00 pencapaian 140%.
2.Tambahan hasil RM444,941.50 melalui 28 Lokasi kutipan luar.
3.Penjimatan masa mengesan lokasi dari 7 hari kepada 1 hari.
4.Penjimatan Modal Insan 1 kekosongan jawatan bernilai RM16,236.00
5.Rangka Kerja Kaunter Luar 2019 disusun lebih awal dan terancang (peruntukan banner hebahan, gift, booth dll)
6.Penumpuan kepada pengeluaran dan penyelesaian Notis 6A.

Melalui projek ini, Pejabat Tanah Daerah Kluang telah mendapat Pengiktirafan Penarafan Bintang  (SSR) Pentadbiran Tanah 5 Bintang, pengiktirafan dari PTG Johor, merangkul Anugerah Emas dalam Konvensyen Mini Team Excellence Wilayah Selatan pada April 2019 dan menjadi rujukan Pejabat Tanah Daerah di Negeri Johor dan di Malaysia.

ICT JOHORSUK JOHORMUAFAKAT JOHORSPAJ1GOVMDECMSC

Go to top